The dynamics of interior design : an investigation into the factor of uncertainty

Loading...
Thumbnail Image
Date
1998-04
Authors
Soh, C. P.
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Disertasi ini mengkaji ciri-ciri dinamik rekebentuk dalaman. Kajian ini memberi tumpuan kepada satu-satunya faktor yang tetap dalam ciri dinamik rekabentuk dalaman iaitu faktor ketidaktentuan. Terdapat hujah yang mengatakan bahawa kekaburan hadir secara berlawanan dengan ciri dinamik ini. Kekaburan ini dapat dikenalpasti menerusi bidang definisinya yang terhad, prinsip dan kaedah dalam rekabentuk dalaman. Hipotesis kajian diuji melalui penyelidikan bacaan dan kajian kes yang melibatkan 3 aspek terhad rekabentuk dalaman. 8 kajian kes dibahagikan mengikut dua kategori, iaitu kajian untuk 3 kes pertama dan 5 kes kedua. Dapatan kajian bagi kes-kes ini dipersembahkan bagi mewakili spektrum rekabentuk dalaman yang luas dan kemudiannya untuk melayakkan ujian ini dijalankan dalam perspektif terkawal yang dinamik seterusnya membolehkan rumusan yang meyakinkan berjaya dicapai. Dapatan kajian menunjukkan polarisasi variabel didapati begitu berbeza; menunjukkan usaha yang berlainan hadir pada satu definisi, prinsip dan keadah bagi rekabentuk dalaman, dan dengan itu menitikberatkan semula fak.1:or ketidaktentuan sebagai satu-satunya faktor tetap yang dapat diharapkan. Disertasi ini mencadangkan agar faktor ketidaktentuan yang tetap hii dianggap sebagai status prinsip sejajar dengan Prinsip Ketidaktentuan yang disarankan oleh Riesenberg (1937). Beberapa renungan juga dikemukakan untuk perhatian selanjutnya. Konteks rekabentuk dalaman Malaysia juga dikemukakan sebagai penutup laporan disertasi Inl.
Description
Keywords
Interior decoration
Citation