Tanah runtuh : masalah alam sekitar yang terpinggir

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-03
Authors
Ismail, Nor Hayati
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji sebelum ini, telah dirumuskan bahawa punca kebanyakkan kejadian tanah runtuh yang seumpama kejadian di Malaysia adalah disebabkan oleh interaksi manusia dengan tanah tinggi atau tanah bukit. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum terdapat usaha-usaha yang komprehensif ataupun yang berkesan yang telah di ujudkan bagi menghalang kejadian yang serupa dari berulang di masa akan datang. Oleh yang demikian, tercetus ide \mtuk menjalankan kajian mengenai isu tanah runtuh dan masalah-masalah di sebaliknya. Satu soal selidik telah dijalankan keatas 32 orang responden yang terdiri daripada anggota pihak berkuasa dan juga pemaju serta konsultan yang terlibat dengan pembangunan tanah di sekitar negeri Pulau Pinang. Penemuan dari soal selidik terse but menunjukkan bahawa terdapat persepsi yang positif di kalangan responden terhadap alam sekitar, terutamanya tanah runtuh. Ia juga menunjukkan bahawa pengurusan gunatanah yang lemah oleh pihak berkuasa sebagai faktor penyumbang utama kepada kejadian tanah runtuh. Selain dari itu, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal pembangunan tanah tinggilbukit sediada juga adalah tidak mencukupi dan lemah. Oleh yang demikian, sehingga satu pendirian yang tegas oleh kerajaan dan agensi yang terlibat di ambil, isu tanah runtuh akan tetap berada di peri-peri dalam semua keputusan pembangunan tanah tinggilbukit. Telah tiba masanya, bagi satu garis panduan yang konsisten dan yang telah dikaji dengan mendalam diadakan bagi menghalang pencerobohan seterusnya keatas kawasan yang sensitif alam sekitar ini, yakni tanah tinggi dan bukit agar kejadian tanah runtuh tidak berlaku sewenang-wenangnya lagi dimasa-masa akan datang, Insyallah.
Description
Keywords
Punca kebanyakkan kejadian tanah runtuh , adalah disebabkan oleh interaksi manusia dengan tanah tinggi
Citation