Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah: Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan Wanita Muslim Produk Kesihatan Di Malaysia
dc.contributor.author | Yasin, Yusma Fariza | |
dc.date.accessioned | 2022-06-27T06:39:51Z | |
dc.date.available | 2022-06-27T06:39:51Z | |
dc.date.issued | 2021-03 | |
dc.description.abstract | Di Malaysia, masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kesannya, ramai yang mengambil produk kesihatan sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Sokongan terhadap produk kesihatan ini sekali gus memberi kesan terhadap pengasas produk kesihatan sehingga menjadikan mereka sebagai usahawan wanita Muslim yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Kejayaan mereka terbukti apabila mereka berjaya meraih keuntungan yang lumayan pada setiap bulan dan berjaya bertapak dalam bidang keusahawanan dalam tempoh melebihi lima tahun. Justeru, apakah faktor yang menjadikan usahawan wanita Muslim produk kesihatan di Malaysia berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah usahawan wanita Muslim hanya fokus kepada keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kandungan sebenar dalam produk kesihatan yang dijual? Adakah kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim dalam produk kesihatan turut merangkumi kejayaan dunia dan akhirat? Sebenarnya, penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi apabila isteri Baginda, Khadijah binti Khuwaylid r.ah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Khadijah binti Khuwaylid r.ah merupakan satu-satunya wanita Mekah yang menceburi bidang keusahawanan dan beroleh kejayaan pada ketika itu. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah? Oleh itu, terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti faktor-faktor kejayaan usahawan wanita Muslim produk kesihatan di Malaysia; kedua, menganalisis faktor-faktor kejayaan usahawan wanita Muslim produk kesihatan di Malaysia berdasarkan kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah; dan ketiga, merumuskan faktor-faktor kejayaan usahawan wanita Muslim dalam bidang keusahawanan berdasarkan faktor-faktor kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui sumber primer dan sekunder. Sumber primer didapati melalui kaedah temu bual dengan 10 orang informan, manakala sumber sekunder diperoleh melalui kajian dokumen. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor dalaman dan tujuh faktor luaran kejayaan usahawan wanita Muslim berdasarkan faktor-faktor kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/15487 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.title | Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah: Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan Wanita Muslim Produk Kesihatan Di Malaysia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: