Analisis Pemilihan Dan Percampuran Bahasa Dalam Masyarakat Melayu Di Wilayah Sempadan Selatan Thailand
Loading...
Date
2019-06
Authors
Isayah, Kamaruddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini merupakan kajian sosiolinguistik yang menerangkan fenomena
pemilihan dan percampuran bahasa dalam kalangan penutur dialek Melayu Patani di
wilayah sempadan selatan Thailand. Tiga buah wilayah sempadan selatan Thailand,
iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dijadikan tempat kajian ini. Objektif kajian ini
adalah untuk menganalisis fenomena pemilihan bahasa dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya; menganalisis fenomena percampuran bahasa dan faktor-faktor
yang mempengaruhinya; dan meneliti pola penggunaan dialek Melayu Patani dalam
masyarakat Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand tersebut. Data kajian yang
dipungut ialah data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif pemilihan bahasa dalam
domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pekerjaan dan pendidikan diperoleh
dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang mengandungi 92 soalan.
Data soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS). Data kuantitatif ini disokong oleh data kualitatif tentang
pemilihan bahasa dan percampuran bahasa yang diperoleh menerusi pemerhatian dan
rakaman. Di samping data faktor-faktor yang menentukan pemilihan bahasa dan
percampuran bahasa serta etnografi penutur dialek Melayu Patani pula diperoleh
menerusi pemerhatian dan wawancara. Data yang diperoleh, dianalisis dengan
menggunakan dua kerangka teoretis, iaitu pendekatan sosiologi untuk analisis
penggunaan bahasa dalam domain (Fishman, 1972) dan etnografi komunikasi
(Hymes, 1974).
Description
Keywords
Percampuran Bahasa , Masyarakat Melayu