Transformasi Organisasi Masyarakat Sivil Dan Kelestarian Perdamaian Di Aceh, Indonesia
dc.contributor.author | Tjoetra, Afrizal | |
dc.date.accessioned | 2019-08-01T01:29:55Z | |
dc.date.available | 2019-08-01T01:29:55Z | |
dc.date.issued | 2017-02 | |
dc.description.abstract | Penyelidikan ini dilakukan untuk menganalisis peranan yang dimainkan oleh Organisasi Masyarakat Sivil (OMS) di Aceh pada era konflik, pasca bencana tsunami, serta pasca MoU Helsinki. Persoalan utama yang ditimbulkan oleh kajian ini adalah sama ada usaha yang dilakukan OMS itu telah menyumbang kepada penyelesaian konflik Aceh serta membantu mewujudkan perdamaian yang berkelanjutan. Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalis data primer dan sekunder. Kumpulan data dianalisis mengikut kerangka teoritikal dan pemboleh ubah yang dibentuk melalui pengumpulan teori-teori dalam bidang sosiologi, konflik, perdamaian, dan OMS. Kajian ini mendapati bahawa OMS di Aceh telah aktif melaksanakan pelbagai usaha pembinaan perdamaian dengan peranan yang berbeza. Sumbangan OMS dalam menamatkan konflik bermula dengan membantu pembinaan kepimpinan di peringkat akar-umbi, seterusnya memperkasakan pula kepimpinan di peringkat pertengahan dan atasan. Peranan dan pendekatan OMS di Aceh pula disesuaikan dengan arus perubahan sosial yang berlangsung pada setiap ketika dan fasa yang berbeza. Sebelum MoU pendekatan ini lebih bersifat konfrontasi dengan pelaksana dasar, tetapi berubah kepada partisipatif dan kerjasama selepas perjanjian damai di Helsinki. Antara langkah strategik yang dimainkan OMS di Aceh termasuk meningkatkan kapasiti kepimpinan pertubuhan dalam perumusan dasar, serta membina kader-kader muda menerusi pelatihan dan bengkel kerja, meningkatkan kerjasama antara pertubuhan mahupun jaringan pertubuhan, dan membina kerjasama dan hubungan baik dengan pemerintah untuk mendorong perubahan perkhidmatan dan menghasilkan dasar yang sesuai dengan perubahan yang berlaku. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/8540 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Organisasi Masyarakat Sivil di Aceh pada era | en_US |
dc.subject | konflik, pasca bencana tsunami, serta pasca MoU Helsinki | en_US |
dc.title | Transformasi Organisasi Masyarakat Sivil Dan Kelestarian Perdamaian Di Aceh, Indonesia | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: