Hikayat Raja Budak: Analisis Genre Dan Penyelenggaraan Naskhah
Loading...
Date
1999-05
Authors
Kembaren, Mardiah Mawar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Hikayat Raja Budak adalah salah satu daripada manuskrip Melayu
klasik berbentuk prosa naratif daripada warisan Islam. Karya ini
memperlihatkan keistimewaan-keistimewaan tertentu dan kajian
mengenainya perlu dilakukan bagi tujuan menyumbangkan pengetahuan
yang bererti dalam sejarah kesusasteraan Melayu klasik.
T esis yang mengambil tajuk II Hikayat Raja Budak: Analisis Genre
dan Penyelenggaraa"n Naskhah U ini. merupakan satu kerja filologi terhadap
teks Melayu berkenaan yang melingkupi transliterasi dari tulisan Jawi ke
Rumi dengan suntingan dan anotasi berserta dengan analisis genre
terhadap salah satu naskhah yang dikira agak lengkap.
Berdasarkan ciri-cirinya yang umum. naskhah Hikayat Raja Budak
lebih menepati genre campuran di antara Sastera Roman dan Sastera
Ketatanegaraan atau Sastera Adab. Unsur-unsur Roman adalah teras bagi
karya ini iaitu dengan adanya plot Roman yang konvensional terdiri
daripada fasa-fasa pengenalan. pengembaraan. pertarungan, kemenangan .
dan pulang kern bali ke negeri asal. Kisah percintaan juga diwujudkan di
antara Raja Budak dengan Dewa Kaca yang juga mempunyai kerajaan
besar. Dewa Kaca diperlihatkan memiliki sifat-sifat istimewa seperti tampan,
gagah dan sakti. berpadanan dengan Raja Budak yang cantik jelita dan
bijaksana.
Description
Keywords
Raja Budak