Kajian Deskriptif Terhadap Penyarikataan Humor Dan Penerimaannya Dalam Sari Kata Filem Deadpool

dc.contributor.authorIbharim, Mohamad Zakuan Tuan
dc.date.accessioned2022-03-28T07:25:12Z
dc.date.available2022-03-28T07:25:12Z
dc.date.issued2021-03
dc.description.abstractSeiring dengan perkembangan sains dan teknologi, capaian produk audiovisual semakin meluas dan mudah didapati di pasaran. Dalam konteks kajian terjemahan, genre humor sering kali dianggap bermasalah. Permasalahan ini amnya tertumpu pada isu teoretis dan empiris. Dari sudut pandang teoretis, permasalahan yang dibangkitkan melibatkan isu pendefinisian, kebolehterjemahan serta kepadanan humor, yang kemudiannya memberikan kesan negatif kepada kajian bidang ini secara praktis. Dalam konteks audiovisual pula, satu-satu mesej (humor) dibina berdasarkan (gabungan) beberapa mod berbeza (Pérez-González, 2014a). Justeru, penentuan strategi dan prosedur terjemahan humor khusus sukar ditentukan, memandangkan humor bersifat relatif, akrab bahasa dan budaya. Bergerak daripada premis di atas, kajian ini bertujuan menganalisis humor berdasarkan dua pemerihalan. Fasa kajian pertama melibatkan analisis deskriptif sari kata humor, manakala fasa kajian kedua berorientasikan analisis penerimaan audiens selaku penonton sasaran. Bagi tujuan ini, filem Marvel Deadpool yang disari kata ke dalam bahasa Melayu oleh ASTRO GO telah dipilih sebagai korpus. Berlatarkan Taksonomi Elemen Humor Martínez-Sierra (2006), analisis perbandingan elemen humor dalam teks sumber dan sasaran telah dijalankan. Hasil analisis mendapati bahawa Deadpool sarat dengan humor berujukan khusus (elemen Komuniti dan Institusi) dan humor berasaskan topik tertentu (elemen Rasa Humor Komuniti). Berbantukan konsep multimodaliti Pérez-González (2014a), strategi terjemahan humor audiovisual Chiaro (2006 & 2010a) serta prosedur penyarikataan Diaz-Cintas & Remael (2014), analisis mendapati bahawa strategi penyarikataan humor Deadpool boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu Diterjemah (Kekal dan Berubah), Tidak Diterjemah dan Ditambah. Pemerian pola strategi terjemahan menunjukkan Diterjemah-Kekal dan Diterjemah-Berubah mendominasi strategi yang lainnya. Prosedur terjemahan humor pula tidak berpola khusus dan bergantung kepada jenis dan kaedah penyampaian humor tertentu. Kajian kedua pula ditunjangi Konsep Penerimaan Gambier (2010, 2018). Konsep ini memperincikan penerimaan audiens kepada tiga fitur, iaitu Respons (kebolehbacaan dan kebergantungan sari kata), Reaksi (pengenalpastian dan kefahaman) dan Akibat (tindak balas). Bagi tujuan pemerolehan data, tujuh puluh tujuh pelajar Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia telah dipilih sebagai responden. Data diperoleh berdasarkan dua kaedah, iaitu borang soal selidik berasaskan dua bentuk tayangan klip Deadpool terpilih; serta temu bual ringkas. Bersandarkan tahap kefasihan bahasa Inggeris audiens, penelitian Respons menunjukkan sari kata yang dipaparkan mudah dibaca, manakala tahap kebergantungan audiens berkadaran dengan tingkat kefasihan bahasa Inggeris mereka. Dapatan Reaksi dan Akibat memperlihatkan kadar pengenalpastian, kefahaman dan rasa kelakar berbeza-beza dan bergantung pada kerencaman faktor dalaman serta luaran.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/14975
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.titleKajian Deskriptif Terhadap Penyarikataan Humor Dan Penerimaannya Dalam Sari Kata Filem Deadpoolen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: