Pengaruh Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua Dan Perlakuan Inovatif Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah Agama Rakyat Di Wilayah Yala, Thailand

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Authors
Mayeng Yeewae
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan strategik, sokongan pengetua dan perlakuan inovatif terhadap prestasi kerja guru Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand. Selain itu pengaruh sokongan pengetua sebagai mediator (perantara) terhadap hubungan antara amalan pengurusan strategik dalam kalangan pentadbir dan perlakuan inovatif dengan prestasi kerja guru turut dikaji. Sehubungan itu. seramai 1250 orang guru daripada 50 buah Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand telah dipilih secara rawak dengan menggunakan kaedah . multiple-stage sampling' Manakala data pula diperoleh daripada responden dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian utama iaitu Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua, Perlakuan Inovatif dan Prestasi Kerja. Kesemua 52 item kajian memperoleh nilai Cronbach Alpha yang tinggi dan mantap iaitu .92. Seterusnya semua data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif prosedur analisis regresi berganda dan regresi berganda berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mengikut pandangan guru. para pentadbir SAR di Wilayah Yala, Thailand mengamalkan pengurusan strategik di sekolah masing-masing pada lahap sederhana tinggi. Manakala amalan pengurusan strategik para pentadbir SAR didapati mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap prestasi kerja guru. perlakuan inovatif dan sokongan pengetua. Selain itu, perlakuan inovatif guru SAR pula didapati mempunyai pengaruh yang signfikan terhadap prestasi kerja dan sokongan pengetua. Sementara itu, sokongan pengetua pula didapati mempunyai pengaruh yang signifikanterhadnp prestasi keria guru SAR. Namun demikian. dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh interaksi antara amalan pengurusan strategik dan perlakuan inovatif individu secara signifikan terhadap prestasi kerja guru SAR. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sokongan pengetua dan perlakuan inovatif telah muncul sebagai peramal terbaik serta signifikan terhadap prestasi kerja guru SAR. Akhir sekali. dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan pengetua telah bertindak sebagai mediator (perantara) terhadap hubungan antara amalan pengurusan strategik para pentadbir SAR dan perlakuan inovatif terhadap prestasi kerja guru SAR mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Baron dan Kenny (1986). Dari segi implikasi kajian ini dapati meningkatkan prestasi kerja guru. amalan pengurusan strategik dan sokongan pengetua harus digabungjalin secara bersama disamping menggalakkan perlakuan inovatif guru. Sebagai kesimpulannya. dapatan keputusan kajian ini tidak menafikan sumbangan amalan pengurusan strategik pengetua terhadap 'outcomes' kajian tetapi menjelaskan bagaimana pengetua SAR boleh menggunakan faktor media/ar (sokongan pengetua) untuk mengukuhkan lagi kepimpinan beliau dalam usaha untuk meningkatkan sikap. persepsi peranan dan prestasi guru.
Description
Keywords
Education
Citation