Watak Wirawati Unggul Dalam Filem Melayu: Kajian Kes Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990), Dan Perempuan Melayu Terakhir (1999)
Loading...
Date
2015-02
Authors
AZMI, NUR NAFISHAH
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi tujuan mengupas watak wirawati dalam konteks agama Islam dengan menggunakan tiga buah filem iaitu Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990) dan Perempuan Melayu Terakhir (1999). Kaedah analisis tekstual digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul serta mendapatkan maklumat. Kajian ini merujuk kepada al-Quran, sunah dan hadis yang memfokuskan kepada kaum wanita bagi menjawab persoalan dan objektif kajian sebagaimana yang dikumpulkan dalam analisis kajian. Selain itu, pada bahagian-bahagian tertentu, analisis ini merujuk kepada pendekatan Islam melalui pemikiran Yusuf al-Qardhawi. Hasil analisis mendapati wirawati yang berlainan keturunan dan latar belakang agama dalam filem ini berjaya meletakkan agama Islam sebagai benteng pertahanan diri yang kukuh dalam mendepani pelbagai dugaan. Kajian ini juga telah mendapati bahawa suara wanita yang dianggap lemah sebenarnya berjaya diterima dalam masyarakat kerana mereka memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan berfikiran terbuka. Berdasarkan pemahaman tentang agama Islam, kajian ini membuktikan bahawa watak wirawati yang dikaji telah mengenali dan memahami agama Islam sebagai garis panduan dalam kehidupan sekali gus menjadikan agama Islam sebagai agama yang benar. Oleh yang demikian, wanita sememangnya mempunyai kedudukan yang tersendiri mengikut syariat Islam.
Description
Keywords
Watak Wirawati Unggul Dalam Filem Melayu , Kajian Kes Tsu Feh Sofiah (1986), Fenomena (1990), Dan Perempuan Melayu Terakhir (1999)