Prestasi Dinamik Motor Magnet Kekal Tanpa Berus Arus Terus Menggunakan Kiraan Unsur Terhingga Gelombang Daya Gerak Elektrik Songsang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-04
Authors
Abd Manap, Nurul Anwar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini mengemukakan analisis prestasi dinamik motor magnet kekal tampa berus arus terus. Dua jenis motor prototaip iaitu motor 12 lubang alur/10-kutub dan motor 9 lubang alur /10-kutub digunakan di dalam kajian ini. Kajian dijalankan di dalam dua peringkat iaitu analisis simulasi dan ujikaji motor prototaip. Analisis simulasi dijalankan menggunakan prisian MATLAB Simulink. Kajian ini ditumpukan kepada penggunaan dan permodelan gelombang daya gerak eletrik songsang yang diperolehi daripada kiraan unsur terhingga Opera-2d. Teknik kawalan gelung tertutup melibatkan penggunaan kawalan laju dan kawalan arus histeresis diaplikasikan ke atas kedua-dua motor. Teknik pensuian enam langkah telah digunakan di dalam operasi litar penyongsang. Ujikaji makmal dijalankan melalui penggunaan mikropengawal yang mengaplikasikan teknik pensuian enam langkah. Keputusan ujikaji dan simulasi yang talah dijalankan menunjukkan penggunaan gelombang daya gerak eletrik songsang yang diperolehi daripada kiraan unsur terhingga Opera-2d dan eletrik pensuian enam langkah menghasilkan prestasi dinamik yang serata bagi kedua-dua motor prototaip.
Description
Keywords
Motor magnet kekal tanpa berus arus , gelombang daya gerak elektrik songsang
Citation