Amalan Kerja Beretika Dalam Polis Diraja Malaysia : Satu Kajian Di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-10
Authors
Abdullah, Muhammad Aidil Roneh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini adalah berkenaan amalan etika kerja di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kulaijaya Johor. Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk melihat apakah amalan etika kerja di IPPD Kulaijaya, sumber etika serta pola kerangka teoritikal etika yang dapat menjelaskan amalan etika. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian kandungan dokumen dan kajian lapangan telah dilakukan. Kajian kandungan dokumen dijalankan adalah untuk memperolehi data sekunder berkenaan sumber etika yang membentuk etika kerja di IPPD Kulaijaya. Kajian lapangan adalah untuk memperolehi data primer berkenaan amalan etika kerja serta kerangka teoritikal yang menjelaskan amalan etika. Melalui kajian lapangan, seramai tiga belas responden telah ditemu bual yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Penyelia dari pelbagai pangkat. Semua data yang diperolehi ini kemudiannya dianalisis dan menggunakan kaedah kualitatif. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan Pegawai Polis di IPPD Kulaijaya mengamalkan sepuluh nilai etika kerja. Etika kerja ini adalah bersumberkan kepada latihan yang diperolehi, mengikut kehendak pengurusan tertinggi dan beberapa peraturan yang sedia ada. Dari segi pola tingkah laku etika, terdapat enam kerangka teoritikal yang dapat menjelaskan amalan etika kerja mereka. Kajian ini merupakan satu kajian awal berkenaan amalan etika kerja dalam organisasi PDRM. Sehubungan dengan itu, pelbagai aspek lain mungkin perlu diambil perhatian, dalam usaha untuk melakukan kajian yang lebih teliti berkenaan etika kerja dalam organisasi Polis di masa akan datang.
Description
Keywords
Amalan kerja beretika dalam , Polis Diraja Malaysia
Citation