Amalan Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kalangan Usahawan Padi Di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-08
Authors
Abu Bakar, Mohd Rizal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Di Malaysia hanya hasil tanaman padi diwajibkan zakat. Menurut Manual Pengurusan Pengiraan Zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), zakat padi dikenakan pada kadar sepuluh peratus daripada hasil bersih apabila cukup nisab iaitu lima awsuq. Kaedah taksiran zakat padi berdasarkan hasil kasar dikatakan tidak menjamin keadilan sosial dalam kalangan usahawan padi kerana kos yang tinggi diperlukan bagi penanaman padi secara komersial. Situasi di Kelantan, Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memutuskan zakat padi yang diusahakan oleh agensi kerajaan secara estet ditaksir berasaskan hasil bersih setelah ditolak semua kos tanaman yang terlibat. Sebaliknya zakat padi yang diusahakan secara individu ditaksir berasaskan hasil kasar tanpa ditolak kos tanaman. Mengapakah berlakunya perbezaan tersebut? Oleh itu, kajian ini secara khususnya mempunyai tiga objektif. Pertama; mengenal pasti dan menganalisis kaedah taksiran zakat padi yang diamalkan oleh semua negeri di Malaysia. Kedua; menganalisis kaedah taksiran zakat padi dalam kalangan usahawan padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terhadap kos tanaman dan kos sara hidup. Ketiga; mencadangkan kaedah alternatif taksiran zakat padi yang diusahakan secara komersial oleh usahawan padi khususnya di Kelantan. Persoalannya, bagaimanakah pula kaedah taksiran yang diamalkan oleh usahawan padi yang menanam padi secara komersial? Mengapakah kaedah taksiran zakat tersebut dipilih untuk diamalkan oleh mereka? Apakah pandangan pengamal zakat dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Kelantan terhadap kaedah taksiran zakat padi yang diusahakan secara komersial? Kajian lapangan dilakukan melalui temu bual mendalam dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kandungan. Dapatan mempamerkan setiap negeri di Malaysia mengamalkan kaedah taksiran zakat padi tersendiri walaupun sudah terdapat manual daripada JAWHAR. Namun, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing lebih berperanan dalam bidang kuasa pengurusan zakat mereka. Selanjutnya, dapatan kajian mempamerkan terdapat tiga kaedah taksiran yang diamalkan. Pertama, zakat ditaksir berasaskan hasil kasar yang diperoleh. Kedua, zakat ditaksir berasaskan hasil bersih setelah ditolak kos tanaman. Ketiga, zakat ditaksir berasaskan hasil bersih setelah ditolak kos tanaman dan kos sara hidup. Terdapat tiga implikasi yang terhasil daripada kajian ini. Pertama, penyeragaman kaedah taksiran zakat padi; kedua, undang-undang dan fatwa berkenaan zakat tanaman dan ketiga, memantapkan peranan JAWHAR.
Description
Keywords
Amalan Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kalangan Usahawan Padi , Di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan
Citation