Pengaruh Nilai Kerja Dan Budaya Sekolah Terhadap Spiritualiti Di Tempat Kerja

dc.contributor.authorAbu Hassan, Azians
dc.date.accessioned2018-01-10T02:15:56Z
dc.date.available2018-01-10T02:15:56Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh nilai kerja guru dan budaya sekolah terhadap spiritualiti di tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Pinang. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti (1) tahap nilai kerja guru, budaya sekolah dan spiritualiti di tempat kerja, (2) pengaruh nilai kerja guru terhadap spiritualiti di tempat kerja, (3) pengaruh nilai kerja guru terhadap budaya sekolah, (4) pengaruh budaya sekolah terhadap spiritualiti di tempat kerja, (5) pengaruh interaksi antara nilai kerja guru dan budaya sekolah terhadap spiritualiti di tempat kerja, dan (6) cara nilai kerja guru dan budaya sekolah meningkatkan spiritualiti di tempat kerja. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (KUAN-Kual) untuk memperoleh data. Bagi kaedah kuantitatif, seramai 433 orang guru dari 36 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang telah dipilih secara rawak. Data daripada responden diperoleh melalui satu set soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian. Soal selidik terjemahan Sabitha Marican dan Mahmood Nazar (1994) digunakan untuk mengenal pasti nilai kerja guru. Seterusnya, soal selidik Yaakob Daud (2004) digunakan untuk mengenal pasti budaya sekolah. Bagi mengukur spiritualiti di tempat kerja, soal selidik terjemahan Al-Amin Mydin (2012) telah digunakan. Manakala bagi kaedah kualitatif pula, seramai sepuluh orang guru daripada dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan telah dipilih berdasarkan skor min tertinggi dan data daripada responden diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan nilai kerja guru, budaya sekolah dan spiritualiti di tempat kerja berada pada tahap sederhana rendah. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat pengaruh nilai kerja guru secara signifikan terhadap spiritualiti di tempat kerja, dan terhadap budaya sekolah. Seterusnya terdapat pengaruh budaya sekolah secara signifikan terhadap spiritualiti di tempat kerja. Sementara itu, kajian juga turut menunjukkan bahawa terdapat pengaruh interaksi nilai kerja guru dengan budaya sekolah secara signifikan terhadap spiritualiti di tempat kerja. Dapatan kualitatif menunjukkan bahawa nilai kerja guru dan budaya sekolah tidak bertindak secara bersama bagi meningkatkan spiritualiti di tempat kerja. Kesimpulannya, dapatan kajian ini tidak menafikan sumbangan nilai kerja guru dan budaya sekolah terhadap spiritualiti di tempat kerja tetapi pemimpin sekolah hendaklah bijak menggunakan kedua-dua aspek ini secara kreatif bagi meningkatkan spiritualiti di tempat kerja dalam kalangan warga di sekolahnya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5349
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh nilai kerja guru dan budaya sekolahen_US
dc.subjectterhadap spiritualiti di tempat kerjaen_US
dc.titlePengaruh Nilai Kerja Dan Budaya Sekolah Terhadap Spiritualiti Di Tempat Kerjaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: