Transformasi Dan Dinamika Politik Elit Di Perlis, Kurun Ke 19 Sehingga 1970-An

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-07
Authors
Ahmad, Azwan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penulisan tesis ini bertujuan untuk melihat transformasi dan dinamika elit Melayu dalam politik dan pentadbiran di Perlis sejak abad ke-19 sehingga tahun 1970an. Kajian ini juga bertujuan menganalisis sejauh manakah pengaruh dan penglibatan elit Melayu dalam politik dan pentadbiran serta peranan mereka dalam membangunkan kesedaran politik anti kolonial sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Penyelidik telah menjalankan kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber-sumber dari rekod John Hamer, fail SUK Perlis, fail Pejabat Kolonial British, catatan tokoh dan laporan akhbar. Analisis dilakukan oleh penyelidik untuk melihat sejauh manakah hubungan “tradisi taat setia” orang Melayu terhadap raja dan kepimpinan elit Melayu mempengaruhi kesedaran politik dan nasionalisme dalam masyarakat Melayu Perlis. Dalam menjelaskan hubungan ini, penyelidik merujuk kepada sejarah kemunculan kerajaan Perlis dan mengkaji bagaimana golongan elit Melayu memperoleh pengaruh dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Perlis sehingga mereka begitu “dihormati” oleh masyarakat Melayu. Perjanjian Perlis British 1930 secara signifikan telah menyebabkan golongan elit Melayu begitu berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Perlis. Malahan penglibatan mereka dalam gerakan Islah menyebabkan gerakan ini “terkawal,” dan tiada doktrinasi politik ke arah membenci pentadbiran British. Dapatan kajian juga membuktikan wujud kesedaran politik anti kolonial dalam masyarakat Melayu Perlis selepas Perang Dunia Kedua apabila lahir pertubuhan seperti PMPs, PKMM, PAS dan UMNO yang merupakan organisasi politik yang menyusun gerak kerja membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu menentang penjajah. Disertasi ini juga cuba melihat persaingan dua parti politik orang Melayu yang dominan di negeri Perlis iaitu UMNO dan PAS yang berbeza ideologi dan latar belakang kepimpinan. Pilihan raya merupakan instrumen pengukuran yang digunakan dalam mengukur pengaruh dan kekuatan kedua-dua parti. Manifesto pilihan raya, kempenkempen politik dan faktor kepimpinan elit Melayu diperbahaskan dalam menjelaskan perkembangan kedua-dua parti politik tersebut.
Description
Keywords
Transformasi dan dinamika elit Melayu dalam politik dan pentadbiran , di Perlis sejak abad ke-19 sehingga tahun 1970an.
Citation