Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator
Loading...
Date
2010-06
Authors
Raja Hussin, Tengku Ahmad Badrul Shah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua
jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal
pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel
tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara
variabel yang dikaji. Data bagi kajian keratan rentas ini dikutip daripada 306 orang
pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara
geografi dan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Data diperoleh melalui
soal selidik dwibahasa yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi
responden, kepemimpinan etika, TSO, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Data
yang dikutip dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0, manakala perisian
AMOS 7.0 digunakan bagi membina serta mengesahkan model-model pengukuran.
Kaedah structural equation modeling (SEM) pula diaplikasikan dalam membina
model-model struktur bagi tujuan menguji peranan TSO sebagai mediator antara
kepemimpinan etika dengan komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah.
Description
Keywords
Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif , Mediator