Sejarah Dan Faktor Penyerapan Bahasa Thai Ke Dalam Dialek Melayu Patani Di Selatan Thailand

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-10
Authors
Hamad, Romlee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini ialah satu kajian mengenai sejarah dan faktor penyerapan bahasa Thai ke dalam dialek Melayu Patani (DMP) di selatan Thailand dan kemerosotan dialek itu dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Agama Wilayah Pattani berdasarkan disiplin sosiolinguistik yang akan menggunakan teori pinjaman bahasa yang dikemukakan oleh Blomfield (1993), teori domain Fishman (1978) dan pendekatan Atur rumus yang dipelopori oleh Chomsky (1968). Untuk mengetahui asal usul DMP pengkaji telah mendedahkan secara ringkas sejarah kerajaan Melayu Patani yang menggunakan dialek itu dalam komunikasi mereka sebelum kerajaan ini ditakluki oleh kerajaan Siam. Apabila Siam berkuasa di negeri ini beberapa dasar mengasimilasikan DMP kepada bahasa Thai telah dilaksanakan. Di samping itu, kerajaan Siam menggunakan slogan satu negara satu bangsa dan satu bahasa.Setelah perlaksanaan dasar tersebut, DMP semakin hari semakin merosot dan banyak kata dan istilah bahasa Thai telah terserap ke dalam DMP seperti sekarang. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui dan mengenal pasti penyerapan kata bahasa Thai ke dalam DMP dan kemerosotannya dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Agama Wilayah Pattani kerana pelajar di intitusi tersebut yang menjadi benteng kuat dalam mempertahankan DMP daripada terhakis sejak beberapa abad yang lampau.Bab Pertama adalah pengenalan secara umum mengenai latar belakang wilayah Pattani dari sudut sejarah, geografi, penduduk, kepimpinan sosial dan pendidikan. Bab Dua adalah pengenalan secara ringkas mengenai bahasa Melayu dan DMP dan latar belakangnya, kawasan penutur dan sosoilinguistik. Dalam bab ini juga mengandungi bahasa – bahasa asing yang telah terserap ke dalam DMP. Manakala Bab Tiga, pengkaji akan memperlihatkan dasar-dasar kerajaan Thailand yang diciptakan khas demi untuk mengasimilasi DMP iaitu bahasa menoriti ke dalam bahasa Thai yang merupakan bahasa dominan. Dasar-dasar tersebut adalah sebagaimana yang berikut, iaitu : Dasar Pecah dan Perintah, Dasar Thesaphiban, Dasar Perundangan khas untuk orang-orang Melayu Islam, Dasar Penempatan orang Malayu ke kawasan-kawasan masyarakat berbahasa Thai, Transformasi Penduduk Siam ke kawasan Melayu dan Dasar Penggunaan Nama Keluarga menggantikan bin dan binti yang telah digunakan oleh orang-orang Melayu Islam di Patani. Bab Empat mengandungi peroses penyerapan bahasa Thai ke dalam DMP yang menyebabkan kemerosotan dialek itu, Proses fonologi dalam kata serapan Thai ialah pemvelarisasian nasal, vokal /a/ menjadi [] , pemendekan vokal, pengguguran konsonan, pengguguran nasal dan pengglotisan. Akhir sekali, Bab Lima membincang dan menganalisis data, kemerosotan penggunaan DMP dalam kalangan pelajar institusi pendidikan agama dan dalam masyarakat Melayu Patani. Bab ini juga membincangkan tentang hasil kajian atau dapatan kajian. Pengkaji berharap tesis ini dapat memberi mamfaat kepada pembaca amnya dan orang Melayu Patani khasnya.
Description
Keywords
Penyerapan bahasa Thai ke dalam , dialek Melayu Patani
Citation