Prevalen komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi dalam kalangan pesakit di wad perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia
Loading...
Date
2004
Authors
Adnan, Haslinda
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pengenalan: Peningkatan penggunaan kateter intravena periferi dan kateter vena
pusat kebelakangan ini dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan
penderitaan pesakit. Namun disebaliknya, penggunaan kateter ini boleh
menyebabkan beberapa komplikasi seperti risiko infeksi, emboli dan nekrosis tisu.
Beberapa kajian telah mengenalpasti faktor risiko menyebabkan komplikasi
berkaitan penggunaan kateter intravena periferi ini.
Objektif: Kajian yang dilakukan adalah untuk menentukan kadar komplikasi
berkaitan penggunaan kateter, mengenalpasti tempoh in situ kateter sebelum
mendapat komplikasi dan mengenalpasti faktor risiko komplikasi berkaitan
penggunaan kateter intravena periferi di wad perubatan Hospital Universiti Sains
Malaysia.
Metodologi: Kajian jenis prospektif dan pemerhatian telah dijalankan di wad
perubatan 7 Selatan, 7 Utara dan 8 Selatan, HUSM. Sebanyak 200 kateter
intravena periferi daripada 164 klien yang dihospitalisasikan di wad perubatan dan
dimasukkan kateter intravena periferi selama 24 jam dan lebih telah dipilih.
Pemilihan adalah secara convenience. Pesakit HIV/AIDS, kanser, SLE, leukemia
dan thalasemia major merupakan kriteria eksklusi. Pemerhatian tempat tusukan
telah dilakukan setiap 24 jam dengan menggunakan borang seal selidik dan
senarai semakan.
Keputusan: Pemerhatian telah dilakukan terhadap 200 kateter intravena periferi
daripada 164 klien. Lapan puluh dua (82) sampel (41%) mendapat komplikasi.
Majoriti mendapat skor 0 (tidak mempunyai sebarang tanda komplikasi) iaitu
sebanyak 118 sampel (59%), 77 sampel (38.5%) mendapat skor 2 dan 5 sampel
(2.5%) mendapat skor 1 (mempunyai komplikasi). Durasi tusukan intravena
selepas 72 jam tidak mempunyai perkaitan yang jelas dengan komplikasi
berkaitan penggunaan kateter intravena periferi dengan nilai p melebihi 0.05.
Faktor penggunaan antibiotik dan penggunaan heparin saline sebagai bahan
flushing mempunyai perkaitan yang signifikan dengan nilai p= 0.001 dan p=
0.023. Faktor lain seperti umur, jantina, tempat, saiz dan diagnosis tidak
mempunyai perkaitan yang signifikan.
Kesimpulan: Kajian menunjukkan kadar komplikasi berkaitan penggunaan kateter
intravena periferi di wad perubatan HUSM adalah tinggi (41%). Kajian selanjutnya
perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca komplikasi ini. Perkaitan kejadian
komplikasi dan durasi tidak dapat dibuktikan, namun faktor penggunaan antibiotik
dan heparin saline mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejadian
komplikasi.
Description
Keywords
intravena