Pentadbiran Jenayah Di Kelantan, 1902-1941

dc.contributor.authorZakaria, Mohamad Ehsan
dc.date.accessioned2017-01-31T02:13:37Z
dc.date.available2017-01-31T02:13:37Z
dc.date.issued2016-07
dc.description.abstractTesis ini mengkaji pentadbiran jenayah di Kelantan antara tahun, 1902-1941. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa perubahan sosioekonomi yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial British di Kelantan merupakan punca peningkatan jenayah di Kelantan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah sejarah dengan pendekatan kuantitatif dan kualitatif berpandukan kepada sumber pertama dan kedua. Sebahagian besar daripada kajian ini menggunakan sumber-sumber pertama seperti fail Annual Report Kelantan, British Adviser Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mahkamah Pasir Puteh dan rekod Colonial Office serta beberapa buah buku daripada kajian lepas yang berkaitan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tindakan pihak British memperkenalkan pentadbiran tanah baru dengan melaksanakan pelbagai sistem percukaian baru merupakan faktor penting berkembangnya jenayah di Kelantan. Hal ini terbukti apabila, jenayah mencuri di Kelantan meningkat sebanyak 98.19 peratus antara tempoh 1910-1914. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Siam terutamanya Kedah yang hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 51.64 peratus dalam tempoh yang sama. Malah, di bawah pentadbiran British juga, wujud beberapa jenayah baru dalam kehidupan sosial masyarakat Kelantan iaitu jenayah protes dan kekacauan serta jenayah mencuri secara kecil-kecilan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3620
dc.subjectPentadbiran Jenayahen_US
dc.subjectDi Kelantan.en_US
dc.titlePentadbiran Jenayah Di Kelantan, 1902-1941en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: