Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak Dengan Integrasi i-Think Dan Brain Gym Untuk Meningkatkan Kefahaman Konseptual Dan Motivasi Belajar Fizik Pelajar Matrikulasi

dc.contributor.authorMazlan, Azlina
dc.date.accessioned2019-01-14T07:20:38Z
dc.date.available2019-01-14T07:20:38Z
dc.date.issued2018-01
dc.description.abstractModul Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dengan Integrasi i-Think dan Brain Gym (PPBO- iTB) dibangunkan dan digunakan sebagai intervensi untuk meningkatkan tahap kefahaman konseptual Fizik dan motivasi belajar Fizik pelajar kolej matrikulasi di utara Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 184 orang pelajar dengan 95 orang pelajar kumpulan eksperimen mengikuti pembelajaran Fizik menggunakan Modul PPBO-iTB, manakala 89 orang lagi berada dalam kumpulan kawalan dan mengikuti pembelajaran Fizik melalui Pendekatan Pengajaran Konvensional (PPK). Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada Prinsip Pembelajaran Berasaskan Otak yang memberi pertimbangan khusus kepada enam fasa reka bentuk yang utama iaitu; (i) Analisis keperluan; (ii) Menyatakan objektif; (iii) Mereka bentuk media; (iv) Penggunaan bahan / media; (v) Penilaian kesesuaian, semakan semula dan (vi) Penghasilan, pelaksanaan dan penyenggaraan. Hasil kajian yang dianalisis secara deskriptif serta inferensi mendapati bahawa PPBO-iTB berkesan dalam meningkatkan kefahaman konseptual Fizik dan merangsang motivasi belajar Fizik pelajar matrikulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan secara statistik yang signifikan dalam skor kefahaman konseptual Fizik dan tahap motivasi belajar Fizik antara pelajar lelaki dan perempuan. Secara keseluruhan, penggunaan strategi pembelajaran mengunakan Modul PPBO-iTB dalam persekitaran bilik darjah memberikan kesan yang positif ke atas kefahaman konseptual Fizik dan motivasi belajar Fizik berbanding Pendekatan Pengajaran Konvensional.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7556
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengajaran berasaskan otak dengan integrasi i-think dan brain gymen_US
dc.subjectmeningkatkan kefahaman konseptual dan motivasi belajar fizik pelajar matrikulasien_US
dc.titlePembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak Dengan Integrasi i-Think Dan Brain Gym Untuk Meningkatkan Kefahaman Konseptual Dan Motivasi Belajar Fizik Pelajar Matrikulasien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: