Kajian Terhadap Mineral Zirkon Dan Pembuktian Impak Meteorit Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak Dan Sumbangannya Kepada Pentarikhan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2017-06
Authors
Saad, Nurul Syuhada
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada bukti impak meteorit di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak berdasarkan perubahan yang berlaku terhadap mineral zirkon. Sebanyak 90 sampel mineral berat telah diperolehi daripada kaedah mendulang sedimen sungai di Bukit Bunuh dan kawasan sekitarnya, serta 10 sampel zirkon daripada batuan suevit, leburan impak dan granit impak di Bukit Bunuh. Kepekatan zirkon di dalam sampel mineral berat ditentukan dengan menggunakan kaedah belauan sinar-X (XRD), pendarflour sinar-X (XRF) dan petrografi, manakala mikroskop elektron imbasan (SEM) digunakan untuk mengenal pasti kehadiran mikrostruktur pada zirkon tersebut. Hasil analisis XRD juga menunjukkan terdapat kehadiran mineral reidit. Penelitian oleh kaedah SEM terhadap kesemua sampel zirkon mendapati ada antaranya mempunyai mikrostruktur PDF, PF dan bertekstur granular. Kesemua mikrostruktur dan mineral reidit ini adalah merupakan petunjuk kepada zirkon yang telah terkena impak meteorit pada tekanan sekitar 35 – 60 GPa. Justeru itu, kajian ini telah berjaya menentukan ciri-ciri dan sifat zirkon impak Bukit Bunuh, yang secara langsungnya memperkukuhkan Bukit Bunuh sebagai tapak impak meteorit. Walau bagaimanapun pentarikhan U – Pb terhadap zirkon gagal memperolehi pentarikhan impak tersebut kerana hanya memberi usia Granit Bintang iaitu ~ 187 hingga ~ 222 juta tahun dahulu.
Description
Keywords
Mineral zirkon dan pembuktian impak meteorit , di bukit bunuh, lenggong, Perak
Citation