Perkembangan sosioekonomi dan politik dalam kalangan orang Cina di daerah Bau dan bandar Kuching sejak 1840 hingga 1947
Loading...
Date
2008-12
Authors
Lee, Teck Choo
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini mengk:aji tentang sejarah sosioekonomi dan politik orang Cina di
Bahagian Kuching yang memberi tumpuan kepada peranan orang Cina dalam
pembangunan Daerah Bau sejak zaman pemerintahan Kesultanan Brunei hingga
Dinasti Brooke. Ia memberi fokus utama kepada pembangunan Daerah Bau yang
dicapai oleh orang-orang Cina yang telah membawa kemajuan ekonomi kepada
bandar Kuching. Tesis ini juga membincangk:an tentang sumbangan orang Cina
terhadap kemajuan di Bandar Kuching.
Kajian ini mendapati bahawa penghijrahan orang-orang Cina dari Sambas,
Kalimantan ke Bau yang bergiat dalam sektor pertanian dan perlombongan emas pada
tahun 1840-an merupakan titik permulaan kegiatan ekonomi dan perkembangan
ekonomi di Daerah Bau. Perkembangan ekonomi yang pesat di Bau telah
menyebabkan kerajaan Brooke melaksanakan pelbagaLdasar ke atas masyarakat Cina
di Bau yang akhimya mencetuskan peristiwa Pemberontakan Orang Cina 1857 yang
mewamai sejarah Sarawak. Peristiwa ini telah membawa campur tangan orang Cina
Kuching dalam kegiatan ekonomi di Daerah Bau. Hubungan saling bergantungan
telah memperkembangk:an ekonomi di Kuching. Kajian ini juga meninjau bagaimana
sebuah hazar dapat membangun menjadi .sebuah pusat perdagangan dan menjadi
tempat tumpuan para pedagang. Seterusnya, penulis membincangk:an peranan yang
dimainkan oleh orang Cina dalam pembangunan sosioekonomi dan politik Bandar
Kuching dan Daerah Bau.
Description
Keywords
Sosioekonomi dan politik orang Cina