Persepsi pengguna dan pengurusan terhadap aspek keselamatan di tempat letak kenderaan awam
Loading...
Date
2004
Authors
Kok, Lai Kuan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Jenayah di tempat letak kenderaan bukan saja mengancam keselamatan
pengguna dan merosakkan harta benda pengguna tetapi juga menyebabkan
kebimbangan pengguna semasa berada di dalam tempat letak kenderaan. Maka,
pengawalan keselamatan di tempat letak kenderaan adalah amat dipertukan.
Sistem keselamatan di setiap tempat letak kenderaan adalah berbeza
bergantung kepada pihak pengurusan tempat letak kenderaan masing-masing.
Setiap sistem keselamatan mempunyai kombinasi komponen-komponen
keselamatan sep.e rti pengawal keselamatan,halangan fizikal, teJeVlsyen
keselamatan yang mung kin berbeza, maka tahap keselamatan kombinasi yang
bertainan adalah berbeza.
Pengawal keselamatan, televisyen keselamatan dan pencahayaan ialah
aspek yang sangat penting dalam pengawalan keselamatan di tempat le1ak
kenderaan. Pengawal keselamatan dan televisyen keselamatan berfungsi untuk
mengawasi aktiviti yang berlaku serta orang di dalam tempat letak kenderaan.
Pencahayaan yang baik pula menghasilkan persekitaran yang jelas untuk
membolehkan kerja pengawasan dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.
Selain ,itu, kajian sainstifik telah membuktikan bahawa pencahayaan juga dapat
mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap jenayah di tempat le1ak
kemderaan. ..
Kajian ini telah memberi satu gambaran umum mengenai persepsi
pengguna temadap sistem keselamatan dan pengurusan di tempat Ie1ak
kenderaan di Pulau Pinang. Selain itu, langkah-langkah yang diambil oIeh
pengguna untuk menjaga keselamatan din di tempat kenderaan ser1a
kesungguhan 'pengguna temadap langkah keselamatan ini juga dapat
dikenalpasti daripada kajian ini.
Description
Keywords
Jenayah di tempat letak kenderaan , mengancam keselamatan pengguna