Kesan Animasi 3D Terhadap Pembelajaran Lukisan Ortografik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2005-06
Authors
Mat Dawi, Abdul Hadi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan animasi 3D berbeza tahap realistik dalam koswer multimedia'interaktif terhadap pembelajaran lukisan ortografik. Kesan ini turut . . dikajr berdasarkan kepada perbezaan individu pelajar iaitu gaya kognitif, kebolehan spatial, dan jantina pelajar. Dalamkajian ini, dua mod koswer multimedia interaktif lukisan kejuruteraan bagi topik lukisan ortografik telah direkabentuk dan dibangunkan secara sistematik. Dua mod koswer iaitu mod Visual Animasi 3D Pepejal (mod 3DP) pad a tahap visual realistik tinggi, dan mod Visual Animasi 3D Kerangka Dawai (mod 3DK) pad a tahap visual realistik sederhana telah dibangunkan, berasaskan kepada Model Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Multimedia Alessi & Trollip (2001) dan Adegan Pengajaran Gagne (1985). Reka bentuk mod 3DP dan 3DK adalah berasaskan kepada Realisme Visual (Dwyer, 1978), PriJ).Sip Koherens (Mayer, 2001), Model Pemprosesan Maklumat (Gagne, Briggs & Wager, 1992) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001). Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan faktorial 2 x 2 ukuran berulangan. Pembolehubah be bas ialah dua mod persembahan iaitu mod 3DP dan mod 3DK. Pembolehubah bersandar ialah skor min pencapaian lukisan ortografik. Pembolehubah moderator pula ialah gaya kognitif, kebolehan spatial dan jantina pelajar. Kajifln ini terdiri daripada 318 pelajar Tingkatan Empat daripada tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Perak, Malaysia yang telah diagihkan secara rawak kepada salah satu daripada dua mod persembahan iaitu mod 3DP dan mod 3DK. Data-data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Prosedur ANCOVA digunakan untuk mengkaji kesan utama dan kesan interaksi di antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Analisis xix regressi berganda peringkat demi peringkat digunakan untuk menentukan sumbangan relatif setiap faktor terhadap pembolehubah bersandar. Pelajar yang didedahkan dengan mod 3DK memperoleh skor min pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar yang didedahkan dengan mod 3DP. Pelajar gaya kognitif Bebas Medan (FI) memperoleh skor min pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar gaya kognitif Bergantung Medan (FD) dalam kedua-dua mod. Pelajar kebolehan spatial tinggi jl,lga memperoleh skor min pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar kebolehan spatial rendah dalam kedua-dua mod. Namun, tiada terdapat perbezaan yang signifikan skor min pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kedua-dua mod. Selain itu, tiada terdapat kesan interaksi yang signifikan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah moderator terhadap skor min pencapaian. Kelebihan mod 3DK berbanding mod 3DP secara umumnya terdapat di kalangan pelajar berbeza gaya kognitif, kebolehan spatial dan jantina. Ringkasnya, kajian ini mendapati animasi 3D pad a tahap sederhana realistik "" (Mod 3DK) adalah lebih berkesan dalam memudahkan pembelajaran kerana hanya menyediakan kiu-kiu visual relevan dalam bentuk padat dan jelas. Kajian ini menunjukkan kesan positif animasi 3D terhadap pembelajaran bergantung kepada kiukiu visual yang relevan dengan objektif pembelajaran yang terdapat pad a animasi 3D.
Description
Keywords
Kesan Animasi 3D terhadap , Pembelajaran lukisan ortografik.
Citation