United Malays National Organization (UMNO) 1946-1957: Daripada Penentangan Kepada Pensubahatan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-12
Authors
Shafihi, Nurul Huda
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini meneliti corak perjuangan United Malays National Organization (UMNO) sejak dari awal penubuhannya pada tahun 1946 hingga tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Dengan menggunakan sumber sekunder dan dokumen rasmi British, kajian ini cuba membincangkan dan membahaskan tentang peranan elit Melayu di dalam UMNO dalam konteks penentangan mereka terhadap kolonialisme British dan perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu antara 1946 dan 1957. Fokus penelitian kajian ini tertumpu kepada tiga tahap utama. Tahap pertama meneliti kebangkitan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu yang membawa kepada penubuhan UMNO pada 1946. Tahap kedua memberi tumpuan kepada perkembangan dalam UMNO antara 1946 dan 1948, semasa UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar. Tahap ketiga pula membincangkan konflik yang berlaku dalam UMNO dari 1948 hingga 1957 dan implikasinya terhadap politik Melayu di Tanah Melayu. Kajian ini mendapati bahawa sepanjang tempoh 1946 hingga 1957, corak perjuangan UMNO telah mengalami perubahan secara mendadak daripada bersifat penentangan terhadap British dan Malayan Union kepada pensubahatan dengan pihak kolonial. Hal ini berlaku apabila kepimpinan UMNO bersedia untuk menjalinkan satu bentuk hubungan politik baru dengan pihak British dan bukan Melayu demi mempertahankan hak politik elit Melayu konservatif.
Description
Keywords
United Malays National Organization (UMNO)
Citation