Pantun Mukun Melayu Sarawak : Satu Kajian Kias Dan Ibarat

dc.contributor.authorJahari, Hazami
dc.date.accessioned2017-10-31T07:03:48Z
dc.date.available2017-10-31T07:03:48Z
dc.date.issued2012-12
dc.description.abstractTesis ini akan mengkaji penggunaan kias dan ibarat dalam pantun mukun Gendang Melayu Sarawak. Sebanyak 5000 rangkap pantun yang dipersembahkan dalam majlis bergendang atau bermukun menjadi sumber utama kajian. Sebanyak 200 pantun pula dipilih sebagai sampel untuk dianalisis sebagai sumber kajian. Bergendang atau bermukun adalah persembahan yang memberi ruang kepada bakat untuk mengarang pantun. Pantun yang dihasilkan dalam acara ini juga dikenali sebagai pantun mukun. Perkara utama yang akan diteliti ialah bentuk, jenis kias dan kesan penggunaannya dalam pembayang pantun dan maksud pantun. Kedua, penerapannya dalam hubungan kesan estetika terhadap pendengar dan ketiganya pemilihan unsur alam sebagai analogi , perbandingan dan cerminan tabiaat manusia. Kajian ini akan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu yang digagaskan oleh Muhammad Haji Salleh. Melalui teori ini Muhammad menggariskan enam nilai keindahan pantun pada sudut pandang puitika sastera Melayu. Nilai keindahan itu adalah; “Dunia Luas yang Dipadatkan”, “Makna dan Imej yang Dilayangkan Secara Halus”, “Dunia Berjodoh”, Sama Ukuran”, “Muzik Seiring Kata” dan “Sesuai dan Patut”. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, hanya tiga nilai keindahan pantun yang berkaitan dengan aspek kiasan dipilih iaitu “Dunia Luas yang Dipadatkan”, “Makna dan Imej yang Dilayangkan Secara Halus” dan “Dunia Berjodoh”. Kajian ini juga membuat penilaian dan rumusan tentang kemantapan dan kesesuaian teori ini dalam mengkaji aspek estetika pantun Melayu. Hasil kajian ini mendapati bahawa kiasan menjadi kaedah dasar kepada cara berfikir orang Melayu dan teknik utama untuk menggubah pantun. Fungsi kiasan adalah sebagai alat mengindahkan bahasa, menajamkan makna dan menjaga air muka seseorang dalam komunikasi lisan. Lantaran itu teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh sangat bersesuaian dan jitu untuk mengkaji berbagai-bagai fungsi metafora dalam pantun Melayu. Kajian ini penting sebagai satu cara mengetengahkan pantun mukun sebagai khazanah sastera Melayu yang genius.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5190
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPantun mukun Melayu Sarawaken_US
dc.subjectkias dan ibaraten_US
dc.titlePantun Mukun Melayu Sarawak : Satu Kajian Kias Dan Ibaraten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: