CELLULOSE PHOSPHATE FROM OIL PALM BIOMASS AS POTENTIAL BIOMATERIAL

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-04
Authors
MOHAMAD KASSIM, MOHAMAD HAAFIZ
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
OPEFB-CP dengan DS 2.4 telah disintesis daripada biojisim kelapa sawit melalui fosforilasi selulosa mikrohablur (OPEFB-MCC) dengan mengguna kaedah H3P04 I P20s I Et3P04 I heksanol. Pencirian bagi OPEFB-CP telah dilakukan menggunakan mikroskop pengimbas elektron (SEM), tenaga dispersif analisis (EDX), spek:trofotometer transfomasi inframerah fourier (FTIR), X-ray difraksi (XRD), kalorimetri pengimbas perbezaan (DSC), Termogravimetri (TG) dan penyerapan air. Penilaian toksik bagi sample OPEFB-CP dijalankan dengan menggunakan sel fibroblas kulit tikus (L929), dan analisis esei MTS dan teknik perwarnaan trypan biro, berasaskan kaedah ekstraksi tidak langsung digunakan sebagai kaedah analysis. Kadar proliferasi L929 terhadap ekstrak OPEFB-CP dengan menggunakan kepekatan IC50 selama 8 hari juga dilakukan. Sifat bioaktif OPEFB-CP dikaji dengan merendam OPEFB-CP di dalam SBF selama 30 hari dalam usaha meneliti kebolehupayaan OPEFB membentuk pembentukan tulang. Keputusan kajian menunjukkan fosforilasi telah mengubah morfologi permukaan OPEFB-MCC, di mana OPEFB-CP memiliki sifat permukaan berongga seperti span dan struktur yang lebih padat. Analisis EDX mengesahkan kehadiran fosforus dengan peningkatan 16.4% dalam berat atom P selepas fosforilasi. Kehadiran puncak FTIR barn di 2380 cm_I, 1380 cm_I dan bahu di 920-1000 cm_I adalah penunjuk kejayaan pencantuman kumpulan fosfat pada tulang belakang selulosa. Analisis XRD menunjukkan fosforilasi mengubah struktur hablur OPEFBMCC di mana sebahagian besarnya hilang dan mengalami kemelesetan. OPEFBMCC mempunyai kestabilan terma yang lebih baik berbanding dengan OPEFB-CP, namun OPEFB-MCC menunjukan 90% jumlah kehilanga berat akhir sedangkan OPEFB-CP menunjukkan kehilangan hanya 62 %; tahap kehilangan yang lebih kecil oleh OPEFB-CP dikaitkan dengan perlindungan terma daripada fosfat yang terdapat pada produk. OPEFB-CP menunjukkan sifat tahap penyerapan air yang lebih tinggi daripada OPEFB-MCC. Sifat toksik OPEFB-CP ke atas sel L929 adalah berga..'ltung pada pencairan kepekatan ekstrak yang digunakan dengan nilai IC50 OPEFB-CP adalah pada 45% selepas 72 jam di dedahkan kepada sel. Tiada sebarang perubahan yang dapat di perhatikan ke atas morfologi sel apabila kepekatan digunakan di bawah kepekatan ICso- Namun dengan kepekatan yang lebih tinggi daripada ICso, sel-sel menjadi bengkak dan kehilangan integriti membran. Setelah direndam dalam SBF selama 30 hari, terdapat pembentukan apatit pada permukaan OPEFB-CP-Ca yang di rawat dengan Ca (OH)2. Namun tidak ada tanda lapisan apatit pada permukaan OPEFB-CP yang tidak dirawat. Puncak di 874 cm-1 menunjuk pengendapan lapisan apatit pada permukaan OPEFB-CP-Ca. SEM-EDJ;C analisis membuktikan pembentukkan apatit dengan nisbah molar Ca kepada P ialah 1.85; puncak apatit · pada 28= 26.10° menguatkan lagi bukti pembentukkan apatit pada OPEFB-CP-Ca. Keputusan menunjukkan bahawa selulosa fosfat daripada kelapa sawit sisa lignoselulosa mempunyai potensi dalam aplikasi bioperubatan.
Description
Keywords
OIL PALM BIOMASS , BIOMATERIAL
Citation