Pengaruh Matrilineal Pada Susun Atur Ruang Dalaman Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dan Rumah Adat Minangkabau Sumatera Barat

dc.contributor.authorHARDONO, SETIAWAN
dc.date.accessioned2016-05-03T02:56:42Z
dc.date.available2016-05-03T02:56:42Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractTesis ini mengkaji tentang pengaruh matrilineal pada susun atur ruang dalaman rumah tradisional Negeri Sembilan (RTNS) di Malaysia dan rumah adat Minangkabau (RAM) di Sumatera Barat, Indonesia. Sejak ratusan tahun yang lalu, kedua-dua rumah tradisional ini telah diwarisi dan didiami oleh masyarakat berasal usul daripada keturunan dan budaya Minangkabau yang mengamalkan sistem adat bernasabkan ibu atau lebih dikenali sebagai matrilineal. Namun, pengaruh matrilineal pada susun atur ruang dalaman rumah tradisional ini masih belum diselidiki secara mendalam, walhal kedua-dua rumah seakan-akan ingin menonjolkan satu identiti yang serupa. Keserupaan identiti ini dapat dilihat pada bentuk fizikal bumbungnya melentik dan bergonjong. Sekiranya tidak dirungkai secara lanjut maka keunikan rumah tradisional ini akan terus pupus ditelan zaman. Untuk merungkai hal ini, kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Terdapat tiga jenis pendekatan yang digunakan dalam metodologi kajian ini, iaitu fenomenologi, etnografi dan kajian kes. Pendekatan fenomenologi dianalisis menerusi kaedah komparatif. Etnografi dilakukan menerusi kaedah reflective practioner yang menjadikan penyelidik sebagai sebahagian daripada subjek yang dikaji. Manakala kaedah kajian kes pula melibatkan penelitian sebanyak 16 buah RTNS dan 16 buah RAM Sumatera Barat pada peringkat awal. Daripada jumlah itu, sebanyak dua jenis RTNS dan dua jenis RAM telah dipilih untuk dijadikan sebagai kajian kes. Sampel kedua-dua jenis rumah ini dipilih secara bertujuan kerana mempunyai karektor yang xxv sama iaitu rumah berbentuk asli dan berevolusi berdasarkan asas kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati konsep susun atur ruang dalaman pada kedua-dua jenis rumah tradisional ini mempunyai karektor yang sama. Unsur-unsur ekonomi, sosial dan organisasi kepimpinan matrilineal mempunyai pemberatnya yang tersendiri dalam mempengaruhi elemen-elemen susun atur ruang dalaman RTNS dan RAM. Pemahaman teori yang mengaitkan hubungan sistem kekerabatan matrilineal dengan susun atur ruang dalaman rumah telah menjelaskan identiti sebenar kedua-dua rumah tradisional ini. Walaupun bentuk fizikal RTNS dan RAM berbeza, namun organisasi ruang dan elemen-elemen fizikal yang terbentuk mempunyai pengertian yang besar dalam falsafah dan sudut pandang sistem kekerabatan adat. Perbezaan ini didasari oleh prinsip “adat selingkar nagari” yang memberi kebebasan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan namun berpegang kepada satu sistem kekerabatan yang sama. Kajian ini juga akhirnya telah memberi pemahaman baharu, bahawa ciri-ciri matrilineal telah menjadi asas kepada pembentukan susun atur ruang dalaman RTNS dan RAM dalam mengekalkan identiti Minangkabau. Identiti masyarakat Minangkabau dan keturunan yang berfalsafahkan adat telah terhurai di dalam segenap aspek reka bentuk.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1967
dc.subjectPengaruh Matrilineal Pada Susun Atur Ruang Dalaman Rumah Tradisional Negeri Sembilanen_US
dc.subjectDan Rumah Adat Minangkabau Sumatera Baraten_US
dc.titlePengaruh Matrilineal Pada Susun Atur Ruang Dalaman Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dan Rumah Adat Minangkabau Sumatera Baraten_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
SETIAWAN.pdf
Size:
13.1 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: