Pendekatan Kebajikan Produktif Di Kalangan Usahawan Kebajikan Di Kedah: Satu Penilaian
dc.contributor.author | Ahmad, Khairul Amri | |
dc.date.accessioned | 2017-01-11T07:48:08Z | |
dc.date.available | 2017-01-11T07:48:08Z | |
dc.date.issued | 2015-10 | |
dc.description.abstract | Pendekatan kebajikan produktif telah mula diperkenalkan di Malaysia semenjak tahun 2009 sebagai salah satu exit policy kepada situasi pergantungan klien kepada bantuan kewangan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Matlamat utama pendekatan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan klien kepada bantuan bulanan. Salah satu program yang dilaksanakan adalah menyediakan bantuan modal perniagaan kepada penerima bantuan untuk memulakan perniagaan. Walau bagaimanapun selepas empat tahun pelaksanaan, pendekatan ini masih belum menampakkan hasil seperti yang diharapkan dan penerima bantuan bulanan terus bertambah. Situasi ini menyebabkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan. Sehubungan itu, kajian ini akan memberi fokus kepada tiga objektif utama iaitu: pertamanya untuk mengenalpasti sejauh mana prestasi pendekatan kebajikan produktif dengan menjadikan negeri Kedah sebagai lokasi kajian kes; kedua untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh usahawan kebajikan; ketiga, menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan kebajikan yang boleh dijadikan sebagai panduan. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan dan disokong dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temuduga secara mendalam. Hasil kajian mendapati pendekatan ini memberi kesan yang positif terhadap peningkatan prestasi perniagaan dan pendapatan klien. Walau bagaimanapun masih terdapat ramai klien yang belum berjaya dalam perniagaan yang diceburi, tidak dapat keluar dari kitaran kemiskinan. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar klien yang terlibat dengan pendekatan kebajikan produktif, mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang masih kurang mengenai bidang perniagaan yang mereka pilih. Sehubungan itu, dicadangkan agar pendekatan yang menyeluruh meliputi program penilaian, latihan dan motivasi yang komprehensif diberikan kepada klien sebelum disalurkan bantuan modal perniagaan. Selain itu, intervensi dengan menggunakan praktis kerja sosial yang berkesan perlu dilaksanakan oleh pekerja sosial untuk mencapai objektif pendekatan kebajikan produktif. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3400 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Kebajikan produktif | en_US |
dc.title | Pendekatan Kebajikan Produktif Di Kalangan Usahawan Kebajikan Di Kedah: Satu Penilaian | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: