Pantun Peribahasa Melayu: Analisis Daripada Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu
Loading...
Date
2015-01
Authors
YAHAYA, JOHARI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian terhadap pantun Melayu telah banyak dilakukan oleh para sarjana tempatan dan Barat. Salah satu keistimewaan pantun Melayu ialah kekayaan bahasa kiasannya yang bernilai tinggi. Masyarakat Melayu tradisi amat dikenali dengan budi bahasa dan bersopan serta berbudaya ketimuran. Dalam pantun peribahasa Melayu, pelbagai aspek berkaitan dengan nilai dan norma hidup disampaikan sebagai wadah dalam bentuk nasihat, sindiran, gurauan dan medan meluahkan perasaan. Pemilihan perkataan yang digunakan disusun dengan teliti dan dapat menyelami nilai pemikiran yang kritis. Keindahan pantun peribahasa daripada irama yang indah, ketekalan minda dan sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat. Pantun peribahasa Melayu juga mempamerkan ketajaman pemikiran orang Melayu yang dapat mentafsir serta merentasi masa dan zaman, malah terkandung di dalamnya nilai budaya Melayu yang sarat dengan mesej sebagai pedoman hidup. Pantun peribahasa juga merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tradisional masa lampau, di samping keakraban falsafah dan kearifan bangsa yang bertamadun tinggi boleh dilihat melalui pantun tersebut. Lantaran itu, orang Melayu tradisi berkebolehan mendaya cipta dalam pelbagai bidang ilmu, lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama. Hal ini ditemui dalam pantun-pantun pilihan dalam analisis tesis ini. Pantun mempunyai nilai seninya yang indah, juga sebagai warisan bangsa yang hebat. Falsafah dan pemikiran Melayu yang terkandung dalam pantun dan kearifan tempatan boleh dihayati serta diselami secara terperinci di sebalik pembayang dan maksud pantun.
Description
Keywords
Pantun Peribahasa Melayu , Analisis Daripada Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu