Penjanaan Dan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan : Kajian Kes Di Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah

dc.contributor.authorAbdul Kadir, Fadzil
dc.date.accessioned2019-06-18T06:38:34Z
dc.date.available2019-06-18T06:38:34Z
dc.date.issued2012-05
dc.description.abstractSistem pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai lima elemen utama iaitu prosedur perancangan dan pentadbiran PBT, dasar pembangunan kerajaan negeri ke atas PBT, pentadbiran kewangan kerajaan tempatan, sumber kewangan kerajaan tempatan dan integrasi dalam jabatan PBT. Elemen-elemen ini menyumbang kepada pembentukan satu sistem pengurusan kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai penyumbang utama kepada pembangunan sistem pengurusan kewangan dan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan. Pembangunan sistem pengurusan kewangan yang lebih praktikal akan membantu dalam meningkatkan kemajuan bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi merealisasikan matlamat ini dalam Majlis Bandaraya Alor Setar, perlunya untuk membangunkan rangka kerja sistem pengurusan kewangan yang menggabungkan faktor-faktor prosedur perancangan dan pentadbiran, dasar pembangunan, pentadbiran kewangan, sumber kewangan dan integrasi. Rangka kerja ini boleh menjawab kepada pelbagai permasalahan di dalam pengurusan kewangan dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Objektif penyelidikan ini adalah mengenalpasti sumber kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah, mengenalpasti sistem pengurusan kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah dan mencadangkan bagaimana Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah dapat menjana sumber kewangan baru. Tinjauan dibuat dengan menggunakan kaedah kajiselidik secara seliaan sendiri di dalam pengutipan data. Sampel kajian adalah ketua-ketua jabatan di Majlis Bandaraya di Negeri Kedah. Seramai 30 responden yang terlibat dalam kajian dan data dikutip dengan menggunakan borang soal selidik.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8321
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSistem pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatanen_US
dc.subjectMajlis Bandaraya Alor Setar, Kedahen_US
dc.titlePenjanaan Dan Pengurusan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan : Kajian Kes Di Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedahen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: