Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani Dalam Bukunya Hadīqat Al-Azhār Wa Al-Rayāhīn
dc.contributor.author | Sulong, Abdul-Ramae | |
dc.date.accessioned | 2019-02-19T04:54:24Z | |
dc.date.available | 2019-02-19T04:54:24Z | |
dc.date.issued | 2013-06 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji biografi Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, buku beliau berjudul Hadīqat al-Azhār wa al-Rayāhīn, dan mengkaji sejarah kerajaan Turki Uthmaniyah yang dimuatkan dalam buku tersebut. Kajian ini juga ingin mengkaji sumbangan penulisan beliau terhadap masyarakat Melayu Patani secara khusus. Data yang berkaitan telah dikumpulkan melalui kaedah kepustakaan yang terdiri daripada artikel-artikel ilmiah, buku-buku yang berkaitan dengan sejarah Turki Uthmaniyah dan lain-lain dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Arab, Inggeris dan Thai. Hasil kajian mendapati bahawa pertama, di Patani terdapat para ilmuwan yang berkebolehan dalam bidang sejarah selain daripada bidang agama dan lain-lain. Kedua, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani merupakan seorang tokoh yang pakar dalam bidang sejarah khususnya sejarah kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketiga, buku Hadīqat al-Azhār wa al-Rayāhīn merupakan karya sejarah yang memberikan gambaran tentang sejarah kerajaan Turki Uthmaniyah sejak zaman sultan pertama sehingga kepada zaman akhir hayat beliau sendiri. Keempat, beliau terpengaruh dengan kaedah penulisan sejarah yang ditulis oleh Al-Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlān seorang tokoh sejarah terkemuka Saudi Arabia pada masa itu yang juga merupakan guru kepadanya. Kelima, buku ini memberi sumbangan kepada bidang sejarah yang sekali gus dapat menyifatkan bahawa Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani merupakan salah seorang ahli sejarah Islam dari kalangan orang Melayu. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/7749 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pemikiran Turki Uthmaniyah | en_US |
dc.subject | Hadīqat Al-Azhār | en_US |
dc.title | Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani Dalam Bukunya Hadīqat Al-Azhār Wa Al-Rayāhīn | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: