Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja pejabat wanita di bandar Kota Bharu
dc.contributor.author | Mustapha, Mohd Rafi | |
dc.contributor.author | Daud, Wan Nudri Wan | |
dc.date.accessioned | 2018-11-04T06:37:58Z | |
dc.date.available | 2018-11-04T06:37:58Z | |
dc.date.issued | 2002 | |
dc.description.abstract | Satu kajian hirisan-lintang telah dijalankan ke atas pekerja pejabat di Daerah Kota Bharu.Responden terdiri daripada 52 pekerja lelaki dan 70 pekerja wanita yang berumur di antara I 8 hingga 45 tahun.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aras feritin serum dan status zat besi di kalangan mereka.Kajian ini mendapati purata aras hemoglobin di kalangan pekerja lelaki dan wanita ialah masing-masing 15.1 ± 1.3 dan 13.7 ± 1.4.Purata aras feritin serum di kalangan pekerja lelaki ialah 81.2 ± 45.7, manakala di kalangan pekerja wanita ialah 37.2 ± 25.5. Terdapat seramai 3.9% (2 orang) pekerja lelaki dan 7.1% (5 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi tanpa anemia.Manakala terdapat seramai 1.9% (1 orang) pekerja lelaki dan 2.9% (2 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi dengan anemia (kekurangan zat besi yang teruk).Hampir separuh daripada pekerja wanita (47.1% atau 33 orang) didapati mempunyai simpanan zat besi yang rendah (feritin serum 12- 34.9). Masalah simpanan zat besi yang rendah di kalangan pekerja lelaki adalah lebih rendah iaitu seramai 11.5% atau 6 orang. Daripada keputusan kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pekerja wanita adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi mengalami kekurangan zat besi. Oleh yang demikian langkah-langkah tertentu patut diambil oleh pihak yang berkaitan dalam menangani masalah ini. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/6979 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Zat besi | en_US |
dc.subject | Feritin serum | en_US |
dc.subject | Hemoglobin | en_US |
dc.title | Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja pejabat wanita di bandar Kota Bharu | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: