Pengaruh Faktor Peramal Terhadap Efikasi Kendiri Guru Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Loading...
Date
2019-02
Authors
Jafar, Mohd Fairuz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan faktor-faktor peramal terhadap efikasi kendiri guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Faktor-faktor peramal dalam kajian ini ialah aspek kebimbangan guru pelatih, penyeliaan pensyarah, bimbingan guru pembimbing, pemerhatian pengajaran rakan guru dan pengalaman peribadi semasa latihan mengajar. Teori Efikasi Kendiri Bandura dan Teori Lokus Kawalan Rotter menjadi sandaran bagi kajian ini. Sampel kajian melibatkan seramai 352 orang guru pelatih dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pemilihan sampel kajian dilakukan menggunakan kaedah pensampelan kelompok dan pensampelan rawak mudah. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya. Enam set soal selidik diadaptasi sebagai instrumen pengukuran dalam kajian ini iaitu; Student Teachers Anxiety Scale (STAS), soal selidik penyeliaan pensyarah, soal selidik bimbingan guru pembimbing, Peer Observation of Teaching Scale for General Practice Teachers (POTS), Test Instrument and Training of the PSSE dan Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES). Setiap soal selidik menggunakan skala Likert lima mata untuk memperoleh data yang diperlukan. Faktor-faktor peramal menyumbang sebanyak 72.3 peratus varians terhadap aspek efikasi kendiri guru pelatih semasa latihan mengajar.
Description
Keywords
Efikasi Kendiri , Guru Pelatih