Penyediaan karbon aktif daripada buangan tayar melalui pengaktifan 'physiochemical' dan persembahan penjerapan

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011-02
Authors
Nadia Isa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dewasa ini hidrotalsit telah menarik perhatian di dalam teknologi pemisahan C02 kerana kebolehannya untuk menjerap C02 dengan kuantiti yang besar berbanding dengan penjerap yang lain. Banyak kajian telah dijalankan untuk menyiasat struktur dan keseimbangan kapasiti penjerapan C02 ke atas hidrotalsit dengan suhu. Namun, kajian terhadap kadar penjerapan C02 yang merupakan aspek penting di dalam menentukan kebolehjayaan pemisahan C02 masih belum dikaji dengan mendalam lagi. Oleh itu, telah menjadi keperluan untuk mengkaji kadar penjerapan C02 terhadap hidrotalsit. Walaupun serbuk hidrotalsit telah menunjukkan keupayaan yang bagus dalam pemisahan C02, tetapi penyelenggaraan yang kompleks bagi serbuk hidrotalsit skala komersil adalah dijangkakan. Perkara ini boleh diatasi dengan menggunakan pellet sebagai alternatif kepada serbuk. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar penjerapan C02 ke atas hidrotalsit di dalam bentuk serbuk dan pelet. Ujikaji telah dijalankan untuk menentukan kadar penjerapan · C02 ke atas hidrotalsit komersil dalam bentuk serbuk dan pelet berdiameter (8mm, 15mm dan 20mm) pada suhu 32°C, 300°C dan 550°C masingmasing. Ujikaji juga dijalankan untuk menentukan kadar penjerapan C02 ke atas hidrotalsit dalam bentuk pelet yang disaluti oleh membran hidrotalsit yang disediakan melalui kaedah sol gel. Satu dan dua lapisan salutan ke atas pelet melalui kaedah salutan celup dikaji. Ujikaji ke atas pelet dijalankan berdasarkan Design of Experiments (DoE). Beberapa model teori lazim dikaji untuk menyiasat kinetik penjerapan C02 ke atas hidrotalsit. Data-data ujikaji didapati tidak serasi dengan model-model lazim. Berdasarkan kajian ke atas analisis oleh Mikroskop Elektron Imbasan (SEM), analisis oleh Permeteran Graviti Haba (TGA) dan analisis oleh Belauan Sinar-X (XRD), satu model menggabungkan modifikasi permukaan hidrotalsit dengan kebolehansuran penjerapan C02 dirumuskan dan dikaji bagi memadankan model tersebut dengan data-data ujikaji. Parameter-parameter model tersebut dianalisis secara statistik. Data-data ujikaji didapati padan dengan model yang berdasarkan modifikasi permukaan hidrotalsit dengan nilai pekali sekaitan dari 0.904 ke 0.923 untuk hidrotalsit di dalam bentuk serbuk dan dari 0.827 ke 0.961 untuk hidrotalsit di dalam bentuk pelet.
Description
Keywords
Hidrotalsit telah menarik perhatian di dalam teknologi pemisahan C02 , kerana kebolehannya untuk menjerap C02 dengan kuantiti yang besar
Citation