Kajian Mengenai Keberkesanan Sistem Rantaian Siar Kaki Di Dalam Kampus Usm, Minden, Pulau Pinang
Loading...
Date
2000-03
Authors
Taib, Fauziah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini mengenai keberkesanan sistem rantaian siar kaki di dalam kampus
USM kepada penggunanya. Penghadan penggunaan kenderaan bermotor untuk pelajarpelajar
baru di kampus ini akan mempengaruhi kapasiti penggunaan laluan siar kaki.
Walaupun perkhidmatan bas komuter telah diperkenalkan sebagai pengangkutan di
dalam kampus, tetapi kekurangan bilangan bas dan perkhidmatan yang kurang
memuaskan, telah menyebabkan berjalan kaki masih menjadi pilihan untuk bergerak di
dalam kampus. Selain daripada itu, selaras dengan dasar kerajaan untuk memastikan
setiap universiti di Malaysia ini menerima sejumlah 20, 000 pelajar menjelang tahun
2005, secara tidak langsung ini akan menimbulkan masalah pergerakan di dalam
kampus kesan dari pertambahan pengambilan pelajar baru. Keberkesanan laluan siar
kaki ini diukur dari sudut keselesaan pengguna. Keselesaan bergantung kepada saiz
laluan, tahap kebersihan, keselamatan, kesesuaian pemilihan spesis pakak,
penyelenggaraan dan kemudahan-kemudahan sampingan. Berdasarkan analisa dan
penelitian maklumat didapati faktor-faktor ialah yang disenaraikan seperti di atas
mempengaruhi keberkesanan sistem laluan siar kaki yang terdapat di dalam kampus.
Selain daripada itu juga masalah dan keperluan pengguna dapat dikenalpasti. Adalah
diharapkan hasil kajian ini dapat memberi sedikit maklumat supaya perancangan
rekabentuk laluan siar kakt untuk masa akan datang dapat dilakukan dengan telitt dan
berkesan. lni untuk memastikan perancangan dapat dilakukan supaya pen&,auna benarbenar
merasa selesa dan selamat untuk bergerak dari satll tempat ke saIl[ tempat yang
lain.
Description
Keywords
Keberkesanan sistem rantaian siar kaki , di dalam kampus USM kepada penggunanya