Kesan Nisbah Protein : Lipid Dan Asid Lemak W3 : W6 Di Dalam Diet Ke Atas Prestasi Tumbesaran Dan Penggunaan Nutrisi Dalam Anak Ikan Baung, Mystus Nemurus

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-10
Authors
Nain, Nor Afini Mat
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dua kajian telah dijalankan untuk menentukan paras kombinasi protein : lipid dan kesan manipulasi nisbah asid lemak ω3 : ω6 dalam pemakanan anak ikan baung, Mystus nemurus. Dalam Eksperimen I, lapan diet berisonitrogen dan isokalori dengan dua paras protein (35% dan 40%) dan empat paras lipid (5%, 10%, 15% dan 20%) telah dirumus dan setiap diet yang diuji dikodkan sebagai 35P:5L, 35P:10L, 35P:15L, 35P:20L, 40P:5L, 40P:10L, 40P:15L dan 40P:20L. Keputusan menunjukkan bahawa paras protein dalam pemakanan mempengaruhi kadar tumbesaran relatif (RGR) dan kadar tumbesaran spesifik (SGR) anak ikan baung secara signifikan (P<0.05). Bagi nilai FCR, tiada perbezaan signifikan (P>0.05) dicatatkan, tetapi dengan peningkatan paras lipid, nilai FCR bertambah baik pada paras protein yang rendah (35%). Secara keseluruhannya, tiada interaksi yang dicatatkan antara pemakanan protein dan lipid terhadap kadar pertumbuhan dan penyimpanan protein. Walau bagaimanapun, Diet 35P:20L (Diet D) telah menunjukkan kadar tumbesaran yang maksimum dan berbeza secara signifikan (P<0.05) dengan diet-diet lain kecuali diet 35P:15L (Diet C).
Description
Keywords
Bagre
Citation