Penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) dalam pemodelan pembangunan guna tanah komersil di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-06
Authors
Dziauddin, Mohd Faris
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang digandingkan dengan analisis statistik dalam pemodelan pembangunan guna tanah komersil. Pengimplementasian metodologi yang dicadangkan dilakukan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Model ini telah dibentuk untuk memodelkan perubahan gun a tanah antara tahun 1992 hingga 1994 berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut pada tahun 1992. Faktor-faktor ini bertindak sebagai aturan perubahan guna tanah dari satu masa ke satu masa lain. Oleh itu faktor-faktor ini adalah bersifat bebas. Sebanyak sepuluh faktor telah dikenal pasti sebagai faktor yang mungkin berpengaruh di dalam menentukan perubahan guna tanah komersil di kawasan kajian. Ia seterusnya digunakan sebagai aturan perubahan di dalam model ini. Penentuan aturan perubahan ini adalah secara probabilistik menggunakan analisis diskriminan. Data mas a lepas pula diperoleh daripada rekod Kebenaran Merancang dan peta-peta. Pengolahan dan penganalisisan data ini dilakukan dengan menggunakan GIS bagi menjana data mengikut faktor-faktor yang diperlukan di dalam model. Ketepatan model asal yang diperoleh ialah 74.9 peratus. Bagi memastikan model yang dibentuk ini tidak berlaku secara kemungkinan (chance) maka ia perlu diuji. Pengujian ini dilakukan dengan meramal perubahan guna tanah antara tahun 1995 hingga 1998 berdasarkan faktor-faktor yang ter.d~pat di tahun 1995. Daripada pengujian yang didapati model ini telah berjaya meramal perubahan guna tanah dari tahun1995 hingga 1998 dengan ketepatan 98.6 peratus. Ini bermakna model asal yang dibentuk bukannya berlaku secara kemungkinan. Seterusnya model yang telah dibentuk ini digunakan untuk tujuan meramal perubahan guna tanah dari tahun 1998 hingga 2002 bagi melihat perubahan gun a tanah yang bakal terjadi di tahun 2002. Kajian yang dijalankan ini telah berjaya membuktikan keupayaan GIS dalam perancangan guna tanah. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pelbagai pihak terhadap keupayaan GIS dalam perancangan guna tanah. Berdasarkan kajian ini, GIS telah berfungsi menyediakan pangkalan data, menguji keberkesanan model, dan menggunakan model bagi meramal pembangunan masa depan. Gandingan kukuh antara GIS dan analisis statistik membenarkan maklumat ruangan dan pertalian ruangan diambil kira dalam pembentukan model. Daripada kajian ini juga, potensi penggunaan model dalam perancangan guna tanah telah ditunjukkan. Ia diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam penggunaan model di dalam perancangan guna tanah di Malaysia pada masa depan.
Description
Keywords
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang digandingkan dengan analisis statistik , dalam pemodelan pembangunan guna tanah komersil.
Citation