Keberkesanan Pelaksanaan 'Local Agenda 21' Di Malaysia : Kajian Kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang
dc.contributor.author | Md Zan, Zainal | |
dc.date.accessioned | 2017-10-13T08:18:28Z | |
dc.date.available | 2017-10-13T08:18:28Z | |
dc.date.issued | 2012-06 | |
dc.description.abstract | ‘Local Agenda 21’ iaitu inisiatif yang terhasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro (1992), menekankan peranan pihak berkuasa tempatan dalam pembangunan mampan di peringkat tempatan. Di Malaysia, program ini telah dimulakan pada tahun 2000 dengan melibatkan empat pihak berkuasa tempatan sebagai projek perintis. Sehingga kini, pelaksanaan LA21 telah berkembang hampir ke seluruh pihak berkuasa tempatan di Malaysia. Namun, kajian-kajian menunjukkan terdapat beberapa isu timbul dalam pelaksanaan LA21 yang pastinya memberi impak kepada matlamat LA21. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai impak program LA21 dan keberkesanan Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pihak-pihak berkepentingan lain memainkan peranan dalam pelaksanaan LA21. Kaedah untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah melalui soalselidik dan temubual di samping kaedah pemerhatian di lapangan. Dapatan kajian menunjukkan program-program LA21 yang dilaksanakan memberikan impak yang baik kepada responden dan pihak berkepentingan. Hasil analisis data menunjukkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran, aspirasi dan tingkahlaku responden semakin baik selepas menyertai program-program yang dianjurkan. Responden juga mempunyai tahap persepsi yang baik terhadap keberkesanan program dan keberkesanan Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam melaksanakan program LA21. Majlis Perbandaran Seberang Perai juga dilihat berjaya memainkan peranan dalam memastikan program LA21 dilaksanakan secara berterusan. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul perlu diberi perhatian agar pelaksanaannya boleh diperbaiki seperti tenaga kerja LA21 yang terhad, kelemahan aspek pemantauan dan penilaian kejayaan program, kurangnya promosi program LA21 dan tiadanya indikator dalam mengukur kejayaan program LA21. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4915 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Keberkesanan Pelaksanaan | en_US |
dc.subject | Local Agenda 21' Di Malaysia | en_US |
dc.title | Keberkesanan Pelaksanaan 'Local Agenda 21' Di Malaysia : Kajian Kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: