Kajian Hubungan Antara Harga Saham Dan Pembolehubah Makro Ekonoml Menggunakan Pendekatan Kointegrasi Dan Model Vektor Pembetulan Ralat

dc.contributor.authorAbdul Wahab, Yati Ashikin
dc.date.accessioned2016-10-24T03:57:16Z
dc.date.available2016-10-24T03:57:16Z
dc.date.issued2006-06
dc.description.abstractTerdapat banyak faktor termasuk faktor-faktor pembolehubah makroekonomi yang mempengarubi prestasi pasaran saham. Objektif disertasi adalah bagi mengkaji hubungan jangka pendek dan jangka panjang di antara pasaran saham di Bursa Malaysia dengan beberapa pembolehubah makroekonomi. Data yang digunakan adalah data bulanan bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan pembolehubah makroekonomi yang dijangkakan mempunyai hubungan dengan harga saham, KLCI. Data telah dikumpul dari Januari 1996 hingga Ogos 2005. Kajian menggunakan data keseluruhan dan juga dua sub-tempoh masa yang mewakili dua situasi ekonomi yang berbeza iaitu tempoh Krisis Ekonomi Asia dan tempoh Pemulihan. Teknikteknik yang telah digunakan adalah ujian punca unit, ujian kointegrasi Johansen dan Juselius, model Vektor Autoregresi (V AR) dan ujian penyebab Granger berdasarkan pendekatan Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Analisis awal bagi KLCI dan pembolehubah-pembolehubah makroekonomi menggunakan plot siri mas a, analisis korelasi dan regresi berganda. Pada amnya, keputusan menunjukkan data adalah tidak pegun dan wujud korelasi yang kuat di antara KLCI dan • beberapa pembolehubah. Ujian punca unit Augmented Dickey Fuller (AOF) dan Phillip Perron (PP) mendapati semua pembolehubah adalah pegun pada pembezaan pertama. Analisis perhubungan dinamik di an tara KLCI dengan semua pembolehubah makroekonomi menggunakan teknik kointegrasi menunjukkan terdapat hubungan jangka panjang di an tara pembolehubah-pembolehubah bagi semua tempoh. Analisis berdasarkan set pembolehubah pertama menggunakan ujian penyebab Granger bagi tempoh Keseluruhan menunjukkan tiada faktor yang telah mempengaruhi harga saham, KLCI. Sebaliknya KLCI menjadi penyebab Granger YEN, STG dan OIL. Terdapatjuga hubungan dua hala di antara OIL dan M2, dan di antara STG dan IPP. Sepanjang tempoh Krisis Ekonomi Asia, hubungan dua hala wujud di antara KLCI dan YEN. Manakala, tempoh Pemulihan menunjukkan OIL menjadi penyebab Granger kepada KLCI. Ujian penyebab Granger bagi set pembolehubah yang kedua mendapati hubungan dua hala di antara KLCI dan FUT, KLCI dan STG, dan di antara FUT dan M2. Selain daripada itu, hubungan di antara KLCI dan M2 adalah secara langsung dan tidak langsung menerusi pembolehubah lain. Sepanjang tempoh Krisis Ekonomi Asia dan Pemulihan, IPP telah menjadi penyebab Granger KLCI. Akhirnya bagi set pembolehubah ketiga, ujian penyebab Granger bagi tempoh Keseluruhan menunjukkan hanya TBR menjadi penyebab Granger KLCI. Manakala bagi kedua-dua sub-tempoh masa, KLCI menjadi penyebab Granger kepada pasaran ekuiti utama dunia iaitu SP500 dan INK.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2824
dc.subjectMathermaticsen_US
dc.subjectPasaran Sahamen_US
dc.titleKajian Hubungan Antara Harga Saham Dan Pembolehubah Makro Ekonoml Menggunakan Pendekatan Kointegrasi Dan Model Vektor Pembetulan Ralaten_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: