Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Kecerdasan Spiritual Ke Atas Kesihatan Warga Emas Di Perlis, Malaysia

dc.contributor.authorMat Saat, Zarina
dc.date.accessioned2018-06-07T06:42:11Z
dc.date.available2018-06-07T06:42:11Z
dc.date.issued2010-03
dc.description.abstractKesihatan yang baik adalah aset penting kepada warga emas. Manakala, kecerdasan emosi dan spiritual merupakan suatu kelebihan jika dimanfaatkan sebaiknya. Maka, satu kajian telah dilakukan di kalangan 378 warga emas di Perlis, Malaysia bagi mengkaji pengaruh kecerdasan-kecerdasan tersebut ke atas kesihatan mereka. Khususnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi (KE), kecerdasan spiritual (KS) dan kesihatan warga emas; mengkaji hubungan antara KE (merangkumi dimensi interpersonal, intrapersonal, mood dan motivasi, pengurusan stres dan penyesuaian) dan KS (merangkumi dimensi transendens, mistik, kemurnian dan daya tindak) dengan kesihatan warga emas; mengkaji perbezaan tahap kesihatan, KE dan KS warga emas berdasarkan faktor-faktor demografi terpilih; meramal dimensi kecerdasan yang paling dominan dalam mempengaruhi kesihatan warga emas; serta membina kerangka model kajian dan model praktikal untuk intervensi kerja sosial. Sebanyak 5 hipotesis nul diuji iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan dan KE, kesihatan dan KS; tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kesihatan, KE dan KS berdasarkan jantina, umur dan bangsa. Kajian ini adalah kajian lapangan keratan rentas yang menggunakan rekabentuk kuantitatif. Borang soal selidik yang mengandungi instrumen berpiawaian digunakan iaitu Short-form Health Survey Version 2.0 (SF-36v2), Bar-On Emotional Quotient Short Version (EQ-i:S) dan Spiritual Quotient Questionnaire (SQQ). Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap KE, KS dan kesihatan yang memuaskan. Secara umumnya, ujian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan dan positif antara kesihatan, KE dan KS. Apabila ujian korelasi dilakukan antara variabel kesihatan dan dimensi-dimensi KE dan KS; ia menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kesihatan dengan semua dimensi KE. Namun, hanya wujud hubungan yang signifikan dan positif antara kesihatan dengan 3 dimensi KS sahaja. Dimensi transendens didapati tidak berhubungan dengan kesihatan.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5707
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengaruh kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritualen_US
dc.subjectke atas kesihatan warga emas di perlis, malaysiaen_US
dc.titlePengaruh Kecerdasan Emosi Dan Kecerdasan Spiritual Ke Atas Kesihatan Warga Emas Di Perlis, Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: