Kesan Mod Dorongan Terhadap Pencapaian, Tahap Pemikiran Kritis Dan Aktiviti Perbincangan Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Berbeza Gaya Pembelajaran
dc.contributor.author | Mat Salleh Mohamad Zain | |
dc.date.accessioned | 2021-02-04T07:11:43Z | |
dc.date.available | 2021-02-04T07:11:43Z | |
dc.date.issued | 2018-08 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan mod dorongan justifikasi (DJ) dan mod dorongan perancahan justifikasi (DPJ) dalam perbincangan atas talian terhadap pencapaian, tahap pemikiran kritis dan aktiviti perbincangan atas talian dalam kalangan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza. Kajian kuasi eskperimen dengan kaedah penukar gantian (counter balanced design) dan reka bentuk faktorial 2 x 2 dijalankan kepada 120 orang pelajar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di zon Utara Malaysia. Dalam kajian ini, mod dorongan (mod DJ dan DPJ) merupakan pemboleh ubah bebas manakala pencapaian, tahap pemikiran kritis dan aktiviti perbincangan atas talian merupakan tiga pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah moderator pula melibatkan gaya pembelajaran (jujukan atau global) yang diuji menggunakan Instrumen Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman (1988). Pencapaian pelajar diukur melalui ujian pasca I dan ujian pasca II manakala tahap pemikiran kritis dianalisis berdasarkan pos-pos yang dihantar menggunakan Taksonomi Greenlaw dan Deloach. Sementara itu, kekerapan menghantar dan membaca pos pula dilihat menggunakan fail log dalam perbincangan atas talian. Data kajian ini dianalisis menggunakan ANOVA dan ANOVA secara berulangan (repeated measure ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang mengikuti DPJ menunjukkan pencapaian dan tahap pemikiran kritis yang lebih baik secara signifikan berbanding pelajar yang mengikuti DJ. Walau bagaimanapun, mod dorongan tidak menunjukkan kesan perbezaan yang signifikan terhadap aktiviti menghantar dan membaca pos. Kajian turut mendapati perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian dan tahap pemikiran kritis antara pelajar yang berbeza gaya pembelajaran setelah mengikuti kedua-dua mod dorongan. Namun begitu, gaya pembelajaran tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kekerapan menghantar dan membaca pos. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat interaksi yang signifikan antara mod dorongan dan gaya pembelajaran dari aspek pencapaian dan tahap pemikiran kritis pelajar. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara mod dorongan dan gaya pembelajaran dari aspek aktiviti menghantar dan membaca pos dalam perbincangan atas talian. Secara keseluruhannya, adalah dicadangkan bahawa DPJ dapat digunakan sebagai bentuk dorongan bagi memulakan sesuatu perbincangan atas talian. Hal ini kerana DPJ dapat memberi sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan interaksi yang berkualiti terutamanya yang melibatkan proses pembelajaran secara kolaboratif. DPJ juga dapat digunakan dalam pelbagai domain pembelajaran bagi meningkatkan refleksi, menambahbaik penyampaian pengetahuan, penyelesaian masalah, penilaian dan pemantauan pengetahuan. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/11145 | |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Learning style | en_US |
dc.title | Kesan Mod Dorongan Terhadap Pencapaian, Tahap Pemikiran Kritis Dan Aktiviti Perbincangan Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Berbeza Gaya Pembelajaran | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: