Kajian penilaian strategik alam sekitar dalam penyediaan rancangan tempatan Paya Terubong, Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-03
Authors
Ho, Ling Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penilaian Strategik Alam Sekitar atau lebih dikenali umum sebagai Strategic Environmental Assessment (SEA) pada dasarnya merupakan suatu penilaian impak alam sekitar pada peringkat strategik bagi sesuatu Polisi, Pelan dan Program (PPP) berbanding dengan Penilaian lmpak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment-EIA) yang dijalankan pada peringkat projek tertentu sahaja. Timbulnya idea SEA adalah sebagai instrumen perancangan ke arah pembangunan mampan dengan pengurusan sumber yang baik, menggalakkan proses perancangan yang lebih telus dengan penglibatan awam yang aktif dan menangani limitasi EIA yang· hanya berperanan pada peringkat akhir proses membuat keputusan tentang keboleh!aksanaan sesuatu projek, sedangkan kebanyakan isu alam sekitar yang signifikan harus ditentukan pada peringkat strategik lagi misalnya cadangan pembangunan awal pada peringkat rancangan tempatan. Justeru, penyelidikan ini ada!ah berlandaskan suatu matlamat iaitu menjalankan Kajian Penilaian Strategik Alam Sekitar da!am penyediaan Rancan~an Tempatan Paya Terubong, Pulau Pinang melalui Analisis Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan Analisis Keupayaan Tampungan Kawasan Berbukit bagi menentukan Zon Kesesuaian Pembangunan Tanah pada Masa Hadapan bagi Paya Terubong. Justifikasi keperluan SEA bagi Paya Terubong, penentuan skop kajian SEA dan peni!aian alam sekitar dimuatkan da!am penyelidikan ini mengikut peringkat-peringkat SEA yang akan dibincangkan kemudian. Hasil penye!idikan akhir ini dapat membantu da!am pernbentukan Cadangan A!ternatif Pembangunan pad a Masa Depan bagi Paya T erubong dengan memberi pertimbangan yang lebih kepada pemuliharaan alam sekitar ke arah pembangunan Pulau Pinang yang mampan.
Description
Keywords
Alam sekitar
Citation