Prinsip-Prinsip Pendidikan Rabbani Menurut Imam Al-Ghazali: Satu Analisis Berdasarkan Kitab Ayyuhal Walad

dc.contributor.authorRamya @ Abd Rahim, Rafidah
dc.date.accessioned2018-01-23T01:24:42Z
dc.date.available2018-01-23T01:24:42Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractKajian ini membahaskan tentang hasil kajian teks Kitab ‘Ayyuhal Walad’ berhubung prinsip-prinsip Pendidikan Rabbani menurut Imam al-Ghazali (1058M-1111M). Beliau dikenali dengan gelaran ‘Hujjatul Islam’ yang bermaksud ‘Pembela Islam’ dan merupakan seorang ulama tasawuf, akidah, pemikir, ilmuwan serta turut terkenal sebagai seorang penulis dalam pelbagai penulisan ilmiah yang hebat. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini. Pertama, meneliti konsep Pendidikan Rabbani berpandukan al-Quran, al-Hadith, dan khususnya Kitab ‘Ayyuhal Walad’. Kedua, konsep pendidikan menurut Imam al-Ghazali. Ketiga, menganalisa prinsip-prinsip Pendidikan Rabbani yang terkandung di dalam Kitab ‘Ayyuhal Walad’ karya Imam al-Ghazali. Penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif. Metod pengumpulan dan analisis data yang digunakan ialah kaedah kajian perpustakaan serta analisis kandungan. Hasil kajian ini, telah menunjukkan bahawa prinsip-prinsip Pendidikan Rabbani menekankan keseimbangan ilmu dan amal serta penyucian jiwa melalui kekuatan ibadah serta akhlak dalam membentuk personaliti unggul. Malah salah satu keunikan karya ‘Ayyuhal Walad’ merupakan rangkuman isu-isu besar yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali khususnya penghayatan Akidah, Ibadah, dan Akhlak baik dari segi zahir mahupun batin. Kajian ini sangat menarik kerana dalam karya ‘Ayyuhal Walad’ Imam al-Ghazali bukan sahaja berjaya menjelaskan prinsip-prinsip Pendidikan Rabbani malah beliau mewarisi penghayatan ciri-ciri Imam Rabbani.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5441
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPrinsip-prinsip Pendidikan Rabbanien_US
dc.subjectmenurut Imam al-Ghazalien_US
dc.titlePrinsip-Prinsip Pendidikan Rabbani Menurut Imam Al-Ghazali: Satu Analisis Berdasarkan Kitab Ayyuhal Waladen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: