Aplikasi Sistem Maklumat Geografi Dan Penilaian Pelbagai Kriteria Bagi Menentukan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Dalam Pembangunan Kawasan Pelancongan Di Pulau Langkawi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2012-06
Authors
Harun, Nor Hidayah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pelancongan merupakan aktiviti yang semakin popular. Lokasi semulajadi seperti kawasan tanah tinggi dan pinggir pantai menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong. Walau bagaimanapun kawasan tersebut merupakan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang rapuh sifatnya. Oleh hal yang demikian, pengurusan dan pengawalan yang rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan impak negatif seperti tanah runtuh, hakisan tanah, banjir dan kerosakan ekosistem flora dan fauna dapat dielakkan. Di samping itu, perancangan dan pemantauan yang rapi perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggung jawab bagi memastikan impak negatif dapat dikawal. Ini memerlukan tata cara pengurusan dan penganalisisan maklumat yang sistematik dan berkesan. Kajian ini menggabungkan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan kaedah penilaian pelbagai kriteria (MCE) bagi menentukan KSAS dan seterusnya menggunakan maklumat tentang KSAS sebagai rujukan dalam mengenal pasti kawasan berpotensi untuk pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah. Kelebihan kaedah MCE adalah ianya dapat mengambil kira pandangan pelbagai pihak seperti juru rancang, pembuat dasar, pengurus alam sekitar dan orang awam dalam pembuatan keputusan. Dalam kajian ini 10 orang pembuat keputusan terdiri dari wakil agensi terlibat dalam perancangan dan pengawalan pembangunan di Pulau Langkawi dipilih bagi mendapatkan pandangan dalam menentukan pemberat bagi setiap kriteria yang digunakan dalam penentuan KSAS dan kawasan berpotensi untuk aktiviti pelancongan. Kajian ini menghasilkan satu peta KSAS dan peta ini digunakan sebagai halangan dalam penentuan kawasan berpotensi untuk pembangunan pelancongan. Berdasarkan 10 pembuat keputusan berbeza, 10 peta kawasan berpotensi pembangunan pelancongan dihasilkan. Kaedah heuristik digunakan dalam menilai keseragaman hasilan dari 10 pembuat keputusan berbeza. Hasil analisis mendapati walaupun 10 pemberat berbeza digunakan dalam penentuan lokasi kawasan berpotensi untuk aktiviti pelancongan, ianya kurang mempengaruhi lokasi yang dicadangkan. Ianya lebih dipengaruhi oleh kriteria yang digunakan dalam penentuan lokasi pelancongan.
Description
Keywords
Aplikasi sistem maklumat geografi , menentukan kawasan sensitif alam sekitar
Citation