Pembasmian Kemiskinan Melalui Pendekatan Pembangunan Modal Insan: Kajian Kes Pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (Spkr) Di Daerah Hulu Perak
Loading...
Date
2013-06
Authors
Radzali, Shahrunaim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan jumlah peruntukan yang besar dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. Walaupun tumpuan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan adalah untuk pembasmian kemiskinan namun ianya masih gagal membasmi kemiskinan tegar. Sehubungan itu, melalui Transformasi Pembangunan Luar Bandar Kedua, kerajaan telah memperkenalkan pembangunan modal insan sebagai strategi baru dalam pembasmian kemiskinan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Namun begitu, sehingga kini belum ada lagi kajian mengenai keberkesanan program pembangunan modal insan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dilaksanakan bagi melihat impak dan kesannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai impak dan keberkesanan pendekatan pembangunan modal insan dalam pembasmian kemiskinan luar bandar khususnya terhadap peningkatan taraf dan kualiti hidup rakyat termiskin. Kajian telah dilaksanakan di daerah Hulu Perak membabitkan pengumpulan data sekunder dan primer yang melibatkan 37 orang responden. Kerja lapangan dilaksanakan melalui teknik temu bual menggunakan soal selidik berstruktur dan pemerhatian langsung semasa temu bual dijalankan. Kaedah kualitatif dan analisis statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya 48.6 peratus sahaja responden menggunakan kemahiran yang telah diperoleh untuk menjana pendapatan mereka. Sebaliknya 51.4 peratus responden lagi tidak menggunakan kemahiran yang telah dipelajari atas pelbagai sebab.
Description
Keywords
Pembasmian Kemiskinan , Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (Spkr)