Budaya Politik Melayu Di Semenanjung Malaysia Pasca 1990-An: Asal Usul, Kesinambungan Dan Perubahan

dc.contributor.authorZainuddin, Ruslan
dc.date.accessioned2018-07-20T08:00:55Z
dc.date.available2018-07-20T08:00:55Z
dc.date.issued2011-07
dc.description.abstractTesis ini bertujuan untuk mengkaji asal usul, kesinambungan dan perubahan dalam budaya politik Melayu di Semenanjung Malaysia pasca 1990-an sebagai fokus kajian. Tesis ini cuba meneliti perkaitan di antara kelas menengah Melayu yang dihasilkan melalui pelbagai program yang dilaksanakan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) sejak 1970-an, dengan perubahan politik yang berlaku dalam masyarakat Melayu kini. Metodologi yang digunakan ialah melalui kaedah perpustakaan dan temubual. Data kajian ini dianalisis secara kualitatif. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal, terutamanya dalam meneliti data-data yang ada hubungan dengan latar belakang perubahan masyarakat. Skop kajian dibataskan kepada dua buah gerakan sosial yang bergerak atas landasan dakwah dan parti politik. Gerakan sosial itu ialah Darul Arqam dan Angkatan Belia Islam (ABIM), manakala parti politiknya ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan UMNO. Hasil kajian ini mendapati bahawa budaya politik Melayu di Semenanjung Malaysia telah mengalami satu proses transformasi, seiring dengan perubahan pesat yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Jika pada zaman tradisi, sebelum merdeka dan dekad terawal selepas merdeka, budaya politik Melayu masih terikat dengan ciri-ciri feudal, namun sejak pasca 1970-an, akibat komposisi kelas menengah Melayu yang semakin melebar, ikatan itu mulai longgar. Jika sebelumnya, sebahagian besar orang Melayu menganggap persoalan politik hanyalah urusan orang politik sahaja, tetapi keadaan itu telah mula berubah. Globalisasi, perubahan struktur ekonomi dan kemunculan kelas menengah merupakan di antara faktor utama yang berperanan dalam mengubah budaya politik Melayu. Semasa era kebangkitan semula Islam di Malaysia, berlaku satu kebangkitan di kalangan masyarakat Melayu menerusi gerakan dakwah yang didukungi oleh kelas menengah untuk menawarkan pendekatan Islam sebagai alternatif kepada cara hidup dan sistem politik yang ada, sebagai respons kepada kaedah pembangunan dan perjalanan politik negara yang berlandaskan sistem sekular. PAS dalam era kebangkitan semula Islam telah menyaksikan berlaku-nya transformasi secara besar-besaran, dengan golongan ulama yang didukungi oleh kelas menengah telah mengambil alih kepimpinan parti.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5986
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAsal usul, kesinambungan dan perubahan dalam budaya politik Melayuen_US
dc.subjectdi Semenanjung Malaysia pasca 1990-anen_US
dc.titleBudaya Politik Melayu Di Semenanjung Malaysia Pasca 1990-An: Asal Usul, Kesinambungan Dan Perubahanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: