Amalan Baik Senggaraan Bangunan Warisan Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Authors
Abdul Rashid, Robiah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyenggaraan bangunan warisan memerlukan satu sistem yang sewajarnya bagi mencapai objektif penyenggaraan yang berkesan. Satu tinjauan awalan terhadap pendekatan penyenggaraan bangunan warisan telah menunjukkan bahawa tahap penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia masih di tahap sederhana dan memerlukan penambahbaikan berterusan. Ini berpunca daripada penggunaan amalan penyenggaraan reaktif dan tidak terancang secara berleluasa. Kurang kefahaman terhadap kepentingan penyenggaraan bangunan warisan dikenal pasti sebagai faktor penyumbang utama kepada amalan sedemikian. Objektif penyelidikan ini adalah bagi menghuraikan permasalahan dalam pelaksanaan penyenggaraan bangunan warisan, menghuraikan kaedah penyenggaraan yang diguna pakai pada masa kini di Malaysia dan mengenal pasti kaedah penyenggaraan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Seterusnya matlamat utama penyelidikan ini adalah bagi membentuk satu panduan amalan baik penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Penyelidikan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi menjalankan analisis data dan penemuan dengan mengambilkira beberapa aspek amalan penyenggaraan termasuklah pendekatan penyenggaraan setiap organisasi, keperluan terhadap inventori dan rekod, kaedah pemeriksaan dan tahap kepentingan kerja, keperluan terhadap program dan rangka kerja dan keperluan kepada kakitangan dan latihan yang bersesuaian.
Description
Keywords
Senggaraan , Bangunan Warisan
Citation