Pengaplikasian Etika Kerja Islam Oleh Pengamal Perhubungan Awam Di Organisasi Berteraskan Islam Di Malaysia
Loading...
Date
2018-06
Authors
Mohamad Nasir, Nur Nasliza Arina
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Isu-isu etika seperti mengendalikan aktiviti profesional dengan menghormati kepentingan publik serta sentiasa bersikap adil dan jujur terhadap pelanggan dan organisasi adalah merupakan isu etika yang bukan sahaja dituntut oleh masyarakat malah oleh organisasi selaku majikan. Kajian ini mempunyai lima objektif iaitu (1) untuk mengkaji pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam berdasarkan Teori Etika Miskawayh; (2) untuk menilai pengaruh etika kerja Islam dalam amalan Perhubungan Awam; (3) untuk mengkaji kepentingan etika kerja Islam dalam profesion perhubungan awam; (4) untuk menganalisa Prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan oleh Pengamal Perhubungan Awam dalam mempraktikkan etika kerja Islam; serta (5) untuk mencadangkan kerangka etika berdasarkan prinsip Maqasid Syariah dalam pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui temu bual mendalam secara bersemuka beserta penelitian dokumen dalam mendapatkan maklum balas daripada responden yang dikenal pasti. Bagi temu bual mendalam secara bersemuka, responden yang terlibat adalah merupakan 10 orang pengamal perhubungan awam yang bertugas di organisasi berteraskan Islam yang terpilih di Malaysia. Penelitian dokumen pula
adalah melibatkan penelitian ke atas laman web rasmi organisasi serta laporan tahunan dan buletin bulanan organisasi yang bertujuan mengesahkan dapatan kajian yang diperolehi melalui temu bual mendalam sekiranya perlu.
Description
Keywords
Pengaplikasian Etika Kerja Islam , Pengamal Perhubungan Awam