Kesan Persekitaran Dan Nutrien Terhadap Kadar Pertumbuhan, Kandungan Klorofil A, Berat Kering Dan Kandungan Agar Rumpai Laut Merah Gracilaria Manilaensis (Rhodophyta, Gracilariaceae)

dc.contributor.authorAbdul Latib, Hafizah
dc.date.accessioned2017-01-26T07:25:19Z
dc.date.available2017-01-26T07:25:19Z
dc.date.issued2016-01
dc.description.abstractKajian dijalankan untuk mengkaji kesan keamatan cahaya, pergerakan air, kedalaman air, berat awal kultur dan kandungan nutrien (NH4+, NO3- dan PO42-) terhadap pertumbuhan, kandungan klorofil a, berat kering dan kandungan agar pada rumpai laut merah Gracilaria manilaensis. Kajian telah dijalankan di kolam udang terbiar di Merbok, Kedah dan juga di makmal Universiti Sains Malaysia (USM) dari Jun 2008 hingga Jun 2010. Keputusan kajian pengkulturan dengan berat awal kultur yang sedikit menghasilkan Kadar Pertumbuhan Relatif (KPR) yang lebih tinggi (200g>500g>1,000g). Terdapat perbezaan kandungan klorofil a antara berat awal kultur 200g dengan 500g dan 1,000g (200g>500g=1,000g). Berat kering bagi berat awal kultur 500g dan 200g adalah lebih tinggi (500g=200g>1,000g) namun tiada perbezaan yang signifikan terhadap kandungan agar (P>0.05). Pertumbuhan G. manilaensis yang dikultur pada permukaan kolam dan 0.75m dari dasar kolam adalah lebih tinggi berbanding kultur di bahagian dasar kolam (P<0.05) (permukaan=pertengahan>dasar). Kandungan klorofil a adalah berbeza secara signifikan antara kedudukan (dasar>pertengahan>permukaan). Berat kering dan kandungan agar bagi kultur dasar kolam adalah lebih rendah secara signifikan berbanding kultur pada permukaan dan pertengahan kolam (P<0.05) (permukaan=pertengahan>dasar). Kultur di bahagian permukaan air mendapat cahaya yang tinggi (P<0.05) dan terdedah kepada gangguan epifit berbanding kultur 0.75m dari dasar kolam dan dasar kolam. Pencahayaan selama 12 jam (12 jam cahaya: 12 jam gelap) menghasilkan pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding daripada kultur yang diberikan jangka masa pencahayaan yang lain (12 jam cahaya>8 jam cahaya=24 jam cahaya>6 jam cahaya). Kandungan klorofil a dan berat kering dari kultur yang didedahkan pada cahaya selama 24, 18 dan 12 jam lebih tinggi dan berbeza secara signifikan berbanding cahaya 6 jam (P<0.05). Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan agar antara semua kumpulan rawatan. Pertumbuhan dan kandungan klorofil a bagi kultur yang menerima pergerakan air daripada pam pada sela masa 4 dan 6 jam adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kultur dengan pergerakan air daripada pam dan pengudaraan secara berterusan (P<0.05). Berat kering adalah lebih rendah secara signifikan bagi kultur tanpa pengudaraan dan kultur dengan pergerakan air daripada pam. Kultur G. manilaensis dalam media mengandungi NO3- menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kultur dalam NH4+ namun tiada perbezaan antara kandungan klorofil a, berat kering dan kandungan agar bagi kedua-duanya. Nisbah NO3-:PO42- yang menghasilkan pertumbuhan lebih tinggi secara signifikan adalah 10:1, 20:1 dan 15:1. (10:1=20:1=15:1>30:1=5:1)(P<0.05). Berat kering antara rawatan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Tempoh pembekalan nutrien (100μM NH4+ dan 10μM PO42-) yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi dengan rendaman selama 24 jam sebelum dikultur di dalam larutan tanpa nutrien selama seminggu namun tiada perbezaan yang signifikan berbanding rawatan yang lain (P>0.05)(24 jam=3 jam=12 jam=6 jam>tanpa nutrien). Perbezaan kandungan klorofil a dan berat kering adalah tak signifikan antara rawatan (P>0.05).en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/3600
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectRumpai lauten_US
dc.titleKesan Persekitaran Dan Nutrien Terhadap Kadar Pertumbuhan, Kandungan Klorofil A, Berat Kering Dan Kandungan Agar Rumpai Laut Merah Gracilaria Manilaensis (Rhodophyta, Gracilariaceae)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: