The Influence Of Uncertainty Variables On Project Cost Estimation
Loading...
Date
2015-01
Authors
RAUZANA, ANITA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Anggaran kos ialah satu ramalan tentang kuantiti, kos, dan harga sumber
yang diperlukan oleh skop sesuatu opsyen pelaburan aset, aktiviti, atau projek.
Dalam peramalan kos sesuatu projek, kos yang akan dibelanjakan pada masa
pembinaan projek tersebut tidak boleh diketahui dengan pasti. Kos projek berkait
rapat dengan pemboleh ubah yang tidak boleh dianggar dengan pasti, ataupun
pemboleh ketidakpastian semasa fasa pembinaan. Dalam jangkaan kerugian yang
ditanggung sebagai akibat pemboleh ubah yang tidak boleh dianggar dengan pasti
pada masa anggaran dibuat, kos tak langsung yang dicaskan kepada kos risiko
terpaksa diperuntukkan. Kos ini dikenali sebagai kos kontingensi.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh-pemboleh ubah
ketidakpastian dan menentukan tahap pengaruh pemboleh-pemboleh ubah ini dalam
penganggaran kos projek. Tambahan lagi, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
pemboleh-pemboleh ubah ketidakpastian yang penting yang mempunyai pengaruh
yang lebih besar dalam penganggaran kos projek, untuk mengkaji kesan pembolehpemboleh
ubah penting ini ke atas kos kontingensi.
Description
Keywords
The Influence Of Uncertainty Variables , On Project Cost Estimation